Ini Rupanya Disebalik Kisah Viral Baju Pengantin Hello Kitty. Bukan Pilihan Pengantin Perempuan Tapi…

Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema  Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.

Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.

Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih  tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridal tema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.

“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.

” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.

Eira Zain yang memakai baju dari rekaan  suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.

“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.

“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.

“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih  fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.

Sumber: Eira Zain Bridal (FB)