Apabila Suami Meninggal, Rumah Jadi Milik Siapa? 3 Cara Ini Mudahkan Isteri Dapat Haknya, No. 1 Paling Baik

Penting untuk suami isteri ambil peduli tentang pembahagian harta sekiranya berlaku kematian dalam keluarga. Apabila rumah di letakkan atas nama suami. Bagaimana kelak harta itu akan dibahagikan kepada waris-warisnya? Perkongsian Tuan Fatihin Abshar,

Konsultan EZAZ Wealth Academy/ TSIMawarith Proffesional mendidik anda betapa pentingnya merancang harta pusaka.

Agar tidak berlaku pertikaian daripada waris di kedua belah pihak (ahli keluarga mahupun adik-beradik).

Apabila Suami Meninggal, Rumah Jadi Milik Siapa?

Kebiasaannya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid.

Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami.

Jika rumah berharga RM300,000
(Harga mesti mengikut harga pasaran)

Bagaimana Pembahagian Dibuat?

√   1/4 milik isteri.

√    Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.

√    Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil. Semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan.

2 Situasi Mungkin Berlaku

PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri. Alhamdulilah proses akan menjadi mudah

KEDUA
Jika waris lain menuntut hak. Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik RM100,000. Si isteri hendaklah membayar sejumlah itu.

 

Tapi Kalau Tiada Duit?

Apa perlu buat. Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual. Duit akan diagih ikut faraid. Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang. Kasihan isteri. Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?

Penyelesaiannya Ada 3

Yang paling terbaik ialah cara 1

1. Buat Hibah Bersyarat

Hibahkan siap siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayaran/atas cagaran (Dengan syarat ada MRTA/MRTT).

 

Kelebihan hibah ini ialah “ownership” rumah masih di atas pemberi. Oleh itu, tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba-tiba jatuh bankrap.

 

Cara ini lebih selamat dan kos efektif jika dibandingkan kos stamp duty penukaran nama di Pejabat Tanah.

 

Hanya satu syarikat sahaja yang membuat cara ini. Ia sudah terbukti dengan 300+ kes telah diselesaikan. Syarikat ini sahaja yang melalui Mahkamah Syariah dan mendapatkan pengesahan perintah hibah.

 

Kos juga tidaklah begitu mahal. RM1600 sahaja untuk menghibahkan 1-3 geran rumah atau tanah. Sangat murah dan syarikat ada track record yang baik.

2. Buat Hibah Mutlak

Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/isteri di Pejabat Tanah. Di sini hanya boleh dibuat jika rumah sudah habis dibayar.

Namun kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang “ownership” rumah tersebut.

Jika si anak tiba-tiba ingin menjual, beliau ada hak untuk menjualnya. Jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.

Cara hibah mutlak ini ialah mengisi borang Borang 14A di Pejabat Tanah. Kami selalu berikan panggilan HIBA untuk hibah mutlak ini. Kerana si pemberi sudah tiada permilikan apa-apa.

3. Ambil Takaful

Yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah. Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak-hak waris lain.

Seperti di atas, hak adik-beradik lain ialah RM100,000. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik-beradik yang lain. Itu pun dengan syarat mereka bersetuju.

Cara ini yang paling kurang efektif dan tinggi kosnya

Cuba buat kiraan:

Polisi bernilai RM300,000
20 tahun kemudian tetap RM300,000

Manakala rumah:

Tahun demi tahun akan naik
Rumah RM300,000 sekarang
20 tahun kemudian sudah menjadi RM500,000-RM700,000

Sudah melebihi pampasan meninggal polisi. Tidak lagi relevan untuk menyelesaikan pertikaian harta pusaka

Rancang Harta Pusaka

Di sini penting memahami instrumen ini dalam merancang harta pusaka

REAL CASES

Satu keluarga di Kedah. Keluarga hanya ada anak perempuan sahaja. Si suami tiba-tiba meninggal.

Adik-beradik belah si suami mula berebut ingin hak mereka di rumah tersebut.

Kesudahannya, isteri yang baru kehilangan suami terpaksa menjual rumahnya kerana tiada wang untuk diberikan serta suami tidak merancang harta pusaka.

Sedih kan? Inilah realiti

Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz. Tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana.

Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak-anaknya

Hukum faraid sudah adil dan cantik, tapi si penunggang agama mempalitkan dengan kotor dan kudis.

Jika risau keadaan berlaku sebegini. Merancanglah harta anda. Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti. Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka sekarang.

Sumber: Migguan Wanita

Facebook Comments