Walaupun Ibu Ini Berhenti Kerja ,Jadi Surirumah Sepenuh Masa, Pun Rezekinya Tetap Ada, “Allah Tarik Tang Sana, Lebihkan Tang Sini”

Mak-mak bekerja manalah yang tak ada impian nak duduk di rumah menjaga anak-anak. Berhenti kerja tu impian besar yang sentiasa ada dalam lubuk hati. Nak laksanakan tu je yang berani tak berani, takut tak takut.

Macam-macam yang difikirkan sebabnya memanglah tanggungjawab beri nafkah bagai milik suami. Sekurang-kurangnya gaji mak-mak tu membantu, menampung malah buatkan anak-anak dan suami lebih tenang hidupnya.

Tapi bila keadaan memaksa mak-mak terpaksa membuat keputusan. Bukannya mudah tapi, jika niatnya baik Allah mudahkan. Dan inilah yang jadi dekat Surina Shahril Rayyan yang memilih jalan berhenti kerja demi 2 orang anak-anaknya, Muhammad Danish Rayyan, 7 tahun dan Muhammad Daniel Rafael, 3 tahun dan suami tercinta.

Diam tak diam dah 6 bulan saya berhenti kerja.”

Alhamdulillah, selama 6 bulan berhenti tiada sesalan. Walau penat berganda. Tak tipu, memang jujur kata duduk rumah penat berganda.

Tekadnya nak berhenti kerja demi anak dan suami ini sudah ditetapkan lama dalam dirinya. “Plannya memang semasa si sulung darjah 1 saya dah plan untuk resign dan fokuskan dekat anak-anak. Alhamdulillah masa itu fikir, cukup ke tak. Saya dan suami tekad, mesti cukupkan juga kewangan demi anak. Sebab nak hantar dan ambil, masak untuk saya ke sekolah.”

 

Punch Card Terakhir Di Bank

Ramai yang beritahu mereka kagum tengok saya tak menangis masa last day dan masa bagi ucapan. Apatah lagi masa peluk kawan-kawan.

Jawapan saya :

√    Buat apa nak menangis untuk sesuatu yang gembira?

√     Saya gembira berhenti kerja demi anak.

√     Di usia saya 32 tahun saya berhenti kerja. Lambatlah tu kan.

√     Saya gembira sebab dah lepas bebanan bila saya selalu EL anak sakit. EL anak sakit ini tak semua faham. Kadang-kadang depan kita je macam faham tapi kat belakang kita sebakul pula kita dikeji.

√     Ni nama dia politik kerja. Mana-mana tempat ada.

Masa saya bekerja sebagai PA selama 5 tahun di bank, walau kerja teruk macam mana. KPI kita tara tu saja, C. Ya, C. Tapi tu dah memang lumrah. C tu normal lah tu. Tapi perasaan tak dihargai tu tinggi. Walau ramai yang dapat C dan C tu normal lah kalau dapat. Tetapi tetap ada beza antara A dan B, betulkan?”

Jadi perlu ke berkhidmat dekat tempat yang tak hargai kita sebagai kakitangan? Moral down membuatkan kita tak ikhlas bekerja tapi bulan-bulan kutip gaji.”

So what for? Resign je lah jalan terbaik.

 

Dah 6 Bulan Ibu Ini Berhenti Kerja Jadi PA, Duduk Rumah Pun Rezekinya Tetap Ada, "Allah Tarik Tang Sana, Lebihkan Tang Sini” Dah 6 Bulan Ibu Ini Berhenti Kerja Jadi PA, Duduk Rumah Pun Rezekinya Tetap Ada, "Allah Tarik Tang Sana, Lebihkan Tang Sini”

 

Sengkek Ke Lepas Berhenti Kerja

Dan lepas resign boleh fokus 100% dekat anak. Sengkek ke lepas resign? Jawapan saya :

√    Tak lah. Saya makin senang lepas resign. Allah tarik tang sana Allah lebihkan tang sini.

√    Allah tambah rezeki bisnes saya semakin banyak customer

√    Allah tambahkan rezeki saya anak-anak sentiasa sihat

√    Jadi nikmat apa yang perlu didustakan?

√    Sebab itu bila Allah tetapkan kita yakin saja dengan kuasa dia.

Duduk rumah ni memang tak ada kawan
Duduk rumah ni kadang-kadang boring tak ada orang nak bersembang
Duduk rumah ni asyik melayan anak-anak bergaduh.
Menangis berebut barang, menjerit tapi nikmat tu sekali saja. Benda ni kita tak boleh putar balik tahun depan.

Jika berkemampuan
Jika ada rezeki lebih
Duduk la rumah jaga anak
Tapi cari juga side income
Supaya kita senang hati duduk rumah

 

Dah 6 Bulan Ibu Ini Berhenti Kerja Jadi PA, Duduk Rumah Pun Rezekinya Tetap Ada, "Allah Tarik Tang Sana, Lebihkan Tang Sini”

 

Ramai Yang Tanya, Persediaan Saya Berhenti Kerja

Memandangkan ramai yang bertanya persediaan Surina sebelum berhenti kerja dan apa yang dilakukan selepas berhenti kerja, dia kongsikan pengalaman itu dalam bentuk Q & A.

Soalan 1 : Sis macam mana sis berani ambil keputusan untuk berhenti kerja sedangkan kerja sis sekarang bukan biasa-biasa.

Jawapan Saya :

Semuanya demi anak dan demi suami. Kerja saya bukan lah hebat sangat. Tapi bagi saya hebat dah tu sebab nak jadi PA pada orang besar pun tak mudah. Dengan saya tak ada pengalaman sebagai PA.

Soalan 2 : Sis macam mana sis setel hutang-hutang.

Jawapan Saya :

Persediannya just kurangkan bebanan hutang yang ada. Alhamdulillah, saya dan suami tak ada hutang-hutang yang pelik-pelik. Kereta, rumah itu biasalah. Cuma memang saya tak ada hutang.Tak bolehlah nak follow cara saya sebab ramai yang cakap ‘Dia tak ada hutang bolehlah berhenti kerja.”

Tapi ramai juga yang suka cipta hutang-hutang lapuk yang tak guna tu. Contohnya, hutang kad kredit. Saya tak ada hutang kereta, hutang rumah. Ramai juga sebenarnya perempuan-perempuan ni tak beli rumah, tak beli kereta tapi masih tak boleh berhenti kerja.

Sebab mereka ada hutang-hutang lain terutama kad kredit dan PTPTN. Sebelum saya resign, saya keluarkan KWSP untuk bayar PTPTN saya separuh. Tukar ke Ujrah. Jadi sekarang masih membayar tapi sangat sikit lah bulanannya. Janji bayar. Ingat! HUTANG WAJIB BAYAR.

Soalan 3 : Sis macam mana sis mulakan bisnes sebelum berhenti kerja? Berapa lama nak stabil?

Jawapan Saya :

Sebenarnya saya nak jawab ni malu. Sebab bisnes saya biasa-biasa saja. Bukan income juta-juta pun jadi bila orang nampak cam saya mampu berhenti sebab bisnes stabil kadang-kadang malu. Sebab pucuk pangkalnya suami saya je sebenarnyaa.

Saya mulai bisnes online pada tahun 2015 tapi mulai stabil pada hujung tahun 2016. Waktu itu, sambil jaga anak sambil berniaga, jual pakaian kanak-kanak. Masa saya mula-mula bisnes baju tak ada orang nak beli pun. Sampai pernah fed-up. Sebab semangat tinggi dalam diri maka teruskan saja shingga sekarang.

Ketika itu saya gunakan medium Fb saya surinashahrilrayyan sebagai medium utama untuk saya mencari income. Alhamdulillah, saya berjaya ada customer tersendiri. Actually bisnes ni suka-suka saja sebab saya dulu pembeli online tegar. Rupanya terus jadi saya punya income.

Soalan 4 : Sis saya dah biasa ada duit sendiri. Kalau tak kerja saya tak ada duit tak best lah. Macam mana ya?

Jawapan Saya :

Kenapa awak awak semua suka fikir suriumah tak boleh buat income ya? Buat lah sikit income, cari kelebihan dari tu. Dari pada awak duduk rumah hadap wasap, fesbuk, IG tak dapat duit baik buat income dapat juga duit walau sikit.

Nak meniaga apa?

√    Jual tudung

√    Jual baju

√    Jual kuih

√    Jual kek

√    Menjahit

√    Jaga anak orang

√    Buat dropship

√    Ajar tuisyen

√    Jual nasi lemak

Eh macam-maca caralah.. awak punya kemampuan apa. Jangan ikut-ikut orang bab bisnes ni. Tak maju nanti.

Soalan 5 : Sis tak bosan ke duduk rumah. Iyalah dah 9 tahun kerja tup tup duduk rumah.

Jawapan Saya :

Apa nak bosan. Duduk rumah tak adanya bosan. Penat banyak lagi adalah. Tapi bila saya refer jawapan nombor 1 (demi anak, demi suami) saya jadi gembira. Nak buat keputusan berhenti kerja yesss bukan mudah. Bukan senang. Bukan macam kau mintak cendol. Memang susah.

Fikir komitmen, fikir mampu ke? Haa.. bab “MAMPU ke” memang always bermain kat fikiran. Tapi Allah dah cakap kau MAMPU maka MAMPU lah kau laki bini.

Persediaan mental fizikal tu kena ada lah ya sebab jadi suriumah bukan perkara mudah. Kita tak cukup masa, tak cukup tidur, letih. Masa untuk diri sendiri pun tak ada. Apa pun bila kita nekad, benda-benda kecil macam tu kita boleh hadap.

Pesanan Ini Saya Pegang Kemas

Ingat ya 1 perkara
Kita mungkin tak kaya duit
Kita mungkin tak kaya harta
Tapi saya nak kaya MASA dengan anak-anak saya
Dengan suami saya

Kahwin dan ada anak bukan perkara yang saya boleh ulang-ulang. Jadi tak salah saya ambil langkah “tinggalkan kerja demi anak” tapi jadilah wanita yang berpendapatan walau anda hanya suriumah.

Sumber/Foto : Surina Shahril Rayyan

 

 

Sumber

Facebook Comments