Pembedahan Laparoskopi Ginekologi 3D Penyelesaian Bagi Pendar4han Haid Yang Terlalu Banyak Dan Lama

Setiap kali datang haid sudah pasti wanita akan mengalami ketidakselesaan, perubahan emosi dan nafsu makan yang berbeza.

Dr. Fawziah binti Tan Sri Dato’ Ishak, Pakar Obstetrik dan Pakar Sakit Perempuan di Hospital Pantai Penang, berkongsi tentang rahsia baharu bagi wanita yang mengalami masalah haid banyak dan berpanjangan.

“ Satu perkara yang pasti ialah haid dalam seluar untuk berbulan-bulan tidak pernah menyeronokkan tetapi ia boleh menak utkan lagi apabila ‘parti’  haid itu menjadi lebih lama, banyak dan menya kitkan.

Haid yang tempohnya lebih lama dan banyak bukan sahaja memberi efek kepada kualiti hidup, tetapi dapat juga mengurangkan keyakinan wanita dan membuatkan mereka merasa kurang feminin.

Usah risau jika anda mengalami kekejangan teruk dan aliran haid yang banyak kerana anda bukan seorang di dunia ini yang menghadapinya.

Malah, ramai dalam kalangan wanita yang juga mengalaminya antara 20 hingga 40 peratus wanita adalah mangsa fibroid dan sista ovari.

Mereka yang sering menghadapi masalah ini selalunya memandang enteng terhadap perkara ini dan hanya menyesuaikan diri dengan menambah lebih banyak lapisan pad dan sebagainya.

Pada hakikatnya, yang mereka perlu buat adalah mendapat rundingan ginekologi,” jelas beliau.

Bagaimana Hendak Tahu Haid Itu Terlalu Banyak?

Anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimana hendak kita tahu jika haid itu terlalu banyak?”

Dr. Fawziah menjelaskan seseorang yang menghadapi masalah ini akan tahu sendiri dan merasa bahawa haid pada bulan tersebut agak berlainan daripada bulan-bulan yang sebelumnya.

“ Misalnya, jika mereka tahu bahawa mereka selalu menggunakan satu pek pad, tetapi menyedari bahawa kali ini mereka harus menggunakan dua atau tiga pek pad untuk bertahan, maka mereka perlu tahu bahawa ada sesuatu yang bermasalah.

“ Sesetengah wanita akan cuba membiasakan diri dengan masalah ini dengan menambah lapisan pad daripada yang biasa, tetapi jika masalah ini berpanjangan, ia boleh mengakibatkan bekalan dar ah yang tidak mencukupi yang secara langsung akan membuatkan mereka kelihatan pucat.

Kami sebagai doktor sudah tentu tidak mahu perkara ini terjadi dan akan cuba mengelakkannya dan cara yang terbaik ialah dengan menjalani rawatan laparoskopi 3D,” ujarnya.

Katanya lagi, kini wanita mempunyai pelbagai pilihan dan doktor mampu membantu mereka.

“ Berbanding dengan rawatan laparotomi iaitu pembedahan besar dan terbuka yang akan menjejaskan mereka kepada luka dan parut-parut yang besar, kini mereka boleh mendapatkan pelbagai manfaat yang jauh lebih baik dengan rawatan laparoskopi 3D.

Ini juga ialah salah satu solusi dan peluang kedua yang ajaib bagi mereka yang menginginkan zuriat dan mereka bolehlah mendapatkan rawatan ini,” sambungnya.

Apa Itu Laparoskopi 3D?

Jelasnya lagi sudah semestinya ramai wanita akan menolak jika imej pembedahan bermain di fikiran mereka.

“ Tetapi wanita yang telah menderita akibat fib roid dan sis ta ovari akan menghadapi luka kecil yang secara terperincinya akan memberikan efek kesak itan yang sedikit juga melalui kaedah pembedahan kecil laparoskopi 3D yang juga dikenali sebagai salah satu Operasi Minimal Invasif (OMI).

Laparoskopi 3D adalah cara yang terbaik untuk merawat masalah fibroid dan sista ovari.

Rawatan ini bukan sahaja dapat menambah baik penampilan luka mereka. Malah, rawatan ini lebih mesra bagi pesakit kerana mereka dapat pulih dan bangun lebih cepat berbanding dengan pembedahan besar iaitu laparotomi,” ulas beliau lagi.

Melalui laparoskopi atau dikenali pembedahan ‘lubang kunci’, tiub nipis (teleskop) dimasukkan melalui insisi kecil di bahagian abdomen.

Sebuah kamera kecil di hujung tiub memaparkan imej di skrin televisyen dan pakar bedah menggunakan video dua dimensi (2D) ini untuk melihat apa yang dilakukannya.

Dua atau tiga lagi insisi kecil dibuat apabila instrumen pembedahan dimasukkan untuk melakukan pembedahan.

Laparoskopi sudah wujud selama beberapa dekad dan teknologi ini mengalami peningkatan yang stabil, daripada imej definisi standard hingga definisi tinggi (HD) dan seterusnya pengimejan tiga dimensi (3D).

Laparoskopi yang menggunakan pengimejan 3D membolehkan pakar bedah melihat organ dalam abdomen dalam bentuk 3D sebenar dalam HD.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Mahkota Melaka Dr S Selva berkata, laparoskopi dalam ginekologi boleh dilakukan untuk menentukan diagnosis serta rawatan pelbagai penyakit sakit puan.

Katanya, melalui laparoskopi, pakar bedah boleh menggambarkan dan melihat organ pelvis dalam imej di skrin, menjadikan pembedahan lebih mudah dan lebih selamat.

“Banyak prosedur boleh dilakukan melalui laparoskopi dalam ginekologi, antaranya ligasi tiub (mengikat tiub fallopio), membuang fibroid daripada rahim atau sista dari ovari dan menggunakan laser untuk merawat luka endometriotik dalam pelvis.

“Laparoskopi juga membabitkan pembedahan invasif minimum untuk pelbagai keadaan klinikal yang memberi lebih banyak kelebihan berbanding pembedahan terbuka tradisional.

“Selain menjadikan pembedahan laparoskopi yang lebih baik dan mudah untuk pakar bedah, kemajuan teknologi turut memberi manfaat besar kepada pesakit.

“Sebagai contoh, pembedahan laparoskopi menggunakan teknologi 3D memastikan tahap keselamatan yang tinggi dan ketepatan.

Ia membabitkan insisi kecil yang bermakna kurang sakit dan parut untuk pesakit.

Apa Penyebab Pendar ahan Haid Terlalu Banyak?

Berikut adalah beberapa penyebab penda rahan haid terlalu banyak

Ketidakseimbangan hormon

Dalam kitaran haid normal, keseimbangan antara hormon estrogen dan progesteron mengatur pembinaan lapisan dalam uterus (endometrium) yang keluar semasa haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium terhasil berlebihan dan sekali gus keluar melalui pendarahan haid yang banyak.

Banyak keadaan menyebabkan ketidakseimbangan hormon termasuklah sindrom polisistik ovary (PCOS), kegemukan, rintangan insulin dan masalah-masalah tiroid.

Gangguan, keros akan atau ketaknormalan ovari

Jika ovari tidak melepaskan telur (ovulasi) semasa kitaran haid, tubuh tidak menghasilkan hormon progesteron seperti sepatutnya semasa kitaran haid normal.

Keadaan ini membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan penda rahan haid banyak.

Fibroid dalam rahim

Tumor bukan kanser (benign) dalam rahim (uterus) muncul ketika umur wanita boleh mengandung.

Fibroid dalam rahim boleh menyebabkan pendar ahan lebih banyak daripada normal.

Polip

Polip adalah ketumbuhan kecil bukan kanser yang tumbuh dalam lapisan dalam rahim yang boleh menyebabkan penda rahan haid terlalu banyak atau terlalu lama.

Adenomyosis

Keadaan ini muncul apabila kelenjar daripada endometrium terlekat dalam otot rahim, dan kerap menyebabkan pend arahan banyak dan haid menya kitkan.

Alat pencegah kehamilan yang diletakkan dalam rahim (IUD)

Penda rahan banyak ketika haid juga adalah kesan sampingan penggunaan IUD bukan hormone untuk mencegah kehamilan.

Komplikasi kehamilan

Haid yang banyak dan lama juga boleh disebabkan oleh keguguran. Penyebab lain pendar ahan banyak semasa hamil termasuklah lokasi luar biasa placenta.

K4nser

K4nser rahim dan k4nser serviks juga boleh menyebabkan pendar ahan haid yang banyak terutamanya bagi wanita selepas menopaus atau mempunyai ujian Pap abnormal sebelum ini.

Penyakit pend arahan yang diwarisi

Sesetengah penyakit pend arahan boleh menyebabkan pendar ahan haid yang abnormal.

Ubatan

Ubatan tertentu termasuklah ubatan antikeradangan, ubatan berhormon seperti estrogen dan progestins, dan antigumpal boleh menyumbang kepada haid banyak atau terlalu panjang.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas, segeralah mendapatkan rawatan untuk mengesan sebarang masalah dari peringkat awal.

 

Sumber: MW,HMetro

Facebook Comments