Pernah Berhenti Kerja, Wanita Ini Kongsi Cara Pengurusan Rumah Tangga Walau Pulun Dua Sumber Rezeki Dalam Satu Masa

Ramai wanita yang menjadi superwomen apabila mereka terpaksa keluar bekerja dan pada masa yang sama masih menguruskan hal rumahtangga. Kalau tidak kerana membantu suami sekalipun, sudah pasti nak ada wang sendiri.

Begitulah juga situasi Puan Akma Emmillia Mustakim, 33 tahun, yang bekerja sebagai ekskutif jualan di Gold City Jewellery Centre, KLIA sehingga kini.

Namun apa yang menarik, ibu kepada dua orang anak yang berumur 5 tahun dan 3 tahun ini hebat di rumah dan tetap membuat kerja part time walau sibuk menguruskan hal rumah tangga.

Pernah berhenti kerja tetapi Puan Amy kembali keluar mencari rezeki disebabkan niatnya nak membantu suami yang ditimpa masalah dalam dunia bisnes. Agaknya macam mana seorang isteri boleh membahagikan masa mencari rezeki dengan keadaan anak-anak kecil ya?

Ini dikongsi dari sudut hati kecilnya sebagai naluri seorang isteri yang sebenarnya berperang untuk menjadi mak-mak yang duduk rumah menguruskan anak-anak tetapi tetap gagahkan hati mencari sumber rezeki demi membantu ekonomi rumah tangga…

Kenapa bekerja walau suami dah kerja? Malah siap buat kerja sambilan.

Bisnes suami drop. Income berkurang. Kebetulan company lama offer kerja. Anak pun dah 2 tahun yang kecik. So saya mintak izin suami untuk kerja balik.

Berapa lama dah bekerja?

Alhamdulillah dah genap setahun kerja balik

Pernah berhenti kerja? Apa beza bila tak kerja?

Pernah. berhenti kerja sebelum lahirkan anak no.2 sebab tak larat. Jadi suri rumah best sebab nampak anak-anak 24jam depan mata. Tapi buat bisnes online sebab bosan tak ada kerja. Sambil-sambil tu dapat la duit poket sendiri. Bestnya tak kerja, expenses berkurang sebab kita tak perlu isi minyak, keluar makan, shopping alat mekap setiap bulan.

Macam mana dari sudut mak ayah, diorang OK ke kalau Amy tak kerja atau diorang risau.

Kalau ikutkan mak suruh duduk rumah jaga anak. Tapi ayah kata, sementara muda ni kerja la selagi boleh.

Anak-anak siapa jaga?

Sebelum ni husband yang jaga sebab husband kerja sendiri dari rumah.

Bila dapat duit, guna untuk kepuasan diri tak?

Dalam keadaan tak stabil, semua benda terkawal. Hanya belanja untuk keperluan sahaja, tolak tepi dulu kehendak sebab kena ingat sebab utama kerja balik adalah untuk bantu suami yg sedang diuji.

Macam mana uruskan masa bila balik rumah?

Sampai rumah terus defrostkan bahan mentah dan masak nasi. lepas tu kemas rumah apa yang perlu. Sambung masak. Baru la mandi dan siapkan anak-anak. Lepas tu luangkan masa untuk anak sebelum tidur.

Agak-agak kalau tak ada duit sendiri best tak? Kenapa?

Tak best sebab amy jenis yang tak pandai nak mintak-mintak suami kalau nak sesuatu. Selalunya Amy akan usaha sendiri.

Bab kemas rumah dan jaga anak-anak suami tolong tak?

Memandangkan suami kerja sendiri, memang dia banyak bantu hal-hal rumah. Suami tolong jaga anak, kemas rumah, cuci dan sidai baju. Biasanya balik kerja baju dah siap lipat.

anak

Pernah ada masalah pengasuh? Macam mana penerimaan anak bila ibunya keluar bekerja.

Buat masa ni belum pernah hantar anak ke pengasuh. Kalau suami terpaksa kerja dekat luar, dia akan hantar anak-anak dekat rumah mak. Atau tunggu amy balik kerja. Sebab sekarang kami kerja shift. So masih boleh rotate jaga anak cuma kelam kabut sikit. Anak-anak alhamdulillah semuanya ok dan memahami so tak ada masalah mummy kerja.

suami bekerja

 

Sebenarnya banyak sebab kenapa wanita memilih untuk terus bekerja. Sebab utamanya tentu lah ekonomi. Tak semua orang bersuamikan lelaki kaya. Lepas kawin boleh duduk goyang kaki di rumah. Kalau dapat macam tu, mungkin ramai wanita yang bekerja nak berhenti dan fokus pada keluarga sahaja.

Paling ketara, biasanya wanita bekerja sebab nak bantu suami. Niat nak tingkatkan ekonomi keluarga. Nampak tak, punyalah hebat kaum mak-mak zaman sekarang!

 

 

Sumber

Facebook Comments