Pengalaman Wanita Ini Jadi Murung Teruk Masa Hamil Hanya Kerana Rumah Bersepah!

Akibat tekanan kehidupan zaman sekarang yang digandingkan lagi dengan stigma masyarakat, membuatkan ramai wanita terjebak dalam dunia murung.

Ya, kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Namun masalah murung ini boleh wujud daripada banyak punca dan salah satu perkongsian menarik daripada Penulis novel dan drama Stanza Cinta, Puan Nurull Halawati ialah kemurungan waktu hamil sebab tak boleh tengok rumah bersepah.

Haaa… ada mak-mak yang lalui masalah yang sama? Kalau ya, jemput renungkan dan berubah perlahan-lahan untuk keluar daripada masalah ini…

WANITA , KEMURUNGAN & STRESS

Membaca kes-kes ngeri melibatkan isteri meroyan dan kemurungan, mengingatkan saya pada kes diri sendiri.

Iya, saya sendiri pernah mengalami fasa stress hingga hampir kemurungan yang agak teruk waktu mengandungkan Hafii. Ditambah pula masa tu kami baru tahu emak ada kan ser payudara, dalam masa sama kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kawin adik perempuan.

Semua itu bergabung membentuk satu tekanan EMOSI yang sangat hebat. Masa tu ada juga watsap kawan yang kerja doktor untuk bantu carikan tempat untuk terapi.

Pembawaan budak barangkali, hari-hari menangis dan merasa semua keadaan mengecewakan.

Kesedihan dan keserabutan hidup juga berkait dengan masalah kebersihan. Bukan mengada-ngada, tapi sejak kecik lagi saya memang penggeli, dan sangat berkira bab kebersihan ni. Sampai balik kampung pun saya bertinggung je tak nak duduk atas papan kayu yang ada lubang-lubang nampak tanah tu (rumah kampung lama).

Sampai sekarang, pergi mana-mana pun wajib saya bawa kain bersih@ cadar untuk lapik tempat baring saya dan keluarga. Sebab saya bayangkan tilam tu terbiar lama dan penuh habuk. Tak boleh lena bila fikir tidur atas beribu-ribu habuk dan hama. Saya rasa itu penyakit saya (geli habuk). Pergi hotel pun saya akan lapik juga tempat tidur saya. Kalau ada kain batik pun jadilah, asalkan berlapik.

Setengah orang boleh tidur di mana saja, bawah meja, celah timbunan baju dan lain-lain. Tapi saya, zaman sebelum kawin dulu sebelum tidur bilik kena rapi, senyap dan tenang. Sebelum tidur sembur minyak wangi dulu, baca doa dan tidur. Renyah kan..tapi gitulah kekdahnya.

Jadinya, keadaan di rumah wajiblah indah dan menenangkan. Dari dulu hobi saya hias rumah, susun bunga, deko macam-macam. Masa dekat asrama bilik hostel saya paling bersih dan cantik, dapat hamper lagi.

Stress Tak Boleh Tengok Kotor Dan Bersepah

Masa dapat Anis, rumah mantain bersih dan kemas lagi. Masuk anak kedua, dah bersepah sikit dan jenuh jugalah mengemas. Masa mengandungkan Hafii, maya dah 3 tahun dan dia paling suka sepahkan rumah. Jenis tumpah air merata-rata, makanan pun bersepah satu rumah. Carpet pun pakai jenis yang boleh basuh selalu. Disitulah bermula stress saya, merasa diri macam bibik yang terlebih waktu kerja.

Saya akan kemas rumah hari-hari, malam mengemop, vacuum. Hari-hari, berulang-ulang sampai naik penat. Tambahan pula saya menulis, jadi selagi rumah bersepah selagi itulah otak ‘jammed’, blur je rasa.

Sampai ada sekali tu, lepas tetamu balik ditambah bersepah dengan mainan anak-anak, saya tak mampu lagi kawal emosi, bungkus baju dan angkut dua beradik ni pergi hotel. Dengan mengandung, beg lagi, budak kecik 2 orang ni lagi… nangis-nangis macam dalam drama tv tu.

Masa tu rasa nak lari jauh-jauh, ke hujung dunia gitu. Memang rasa PERLU SANGAT untuk keluar dari rumah yang macam Titanic karam tu. Saya pun ambil grab, turun depan Hotel Sunway. 20 minit dari rumah.

Suami balik kerja petang tu dia relax-relax je dekat rumah, ingat saya pergi rumah mak. Orang punyalah merajuk, tunggu panggilan dia memujuk, dia tak sedar pun trag edi itu (surat cinta atas meja pun dia tak baca..eee..geram rasa) . Masa ni memang rasa lawak sebab tak macam dalam drama bila laki kuar dalam hujan cari bini dia.

Lepas dah sedar saya takde di rumah mak baru dia kaget dan Whatsapp saya tanya dimana. Baru dia kelam-kabut datang ke hotel saya dan anak-anak. Duduk situ 2 hari rasa tenang dan hilang keserabutan.

Sejak kes drama tak jadi tu, saya dan suami berdiskusi panjang. Suami pun menasihati + memujuk + kaunseling bagai. Keadaan berubah, anak-anak akan selalu buat sepah, saya kena belajar menerima keadaan tu. Tak larat tak perlu kemas. (panjang la tarbiah dia sambil usap-usap kepala saya macam anak kecil). Isteri pun nak dimanja tau.

Pilih Jalan Ini Dan Berubah Perlahan-lahan

Akhirnya perlahan-lahan saya cuba berubah. Kalau dulu hari-hari mop, vacuum, sekarang seminggu sekali. Kalau dulu pantang bersepah saya macam lipas terbang kemas rumah, sekarang lebih santai dan pejamkan mata je. Dulu selalu cuci mata tengok FB Deko Rumahku Syurgaku, sekarang memang tak tengok dah, bimbang penyakit lama datang balik.

Bersabar jelah sambil tunggu anak-anak membesar. Dah lama tak beli pasu bunga cantik-cantik. Ku tahan saja keinginan itu. Siap berazam lagi, nanti bebudak ni dah besar saya nak upah ID datang umah, buat konsep macam hotel gitu.

Kesimpulan dari drama di atas, peranan suami sangatlah penting ketika isteri gagal mengawal emosi, ketika isteri merungut tentang keletihannya, ketika isteri bersikap kalah anak-anak kecil. Kerana mereka bukan robot atau bidadari syurga yang takde nafsu untuk marah atau kecewa. Layani mereka, dengari mereka dan tenangkan mereka dengan kata-kata yang indah. Mereka penat memanjakan anak-anak, sesekali mereka juga mahu dimanjakan sang suami.

Masalah saya selesai, stress saya berjaya diatasi apabila suami menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Suami perlu jadi tenang saat berdepan dengan isteri yang sedang menghamburkan lahar kepenatannya.

Buat isteri dan ibu diluar sana, jangan sesekali memendam semua keperitan rasa, luahkan dan dengarkan pada seseorang (seharusnya suami), supaya keadaan tidak bertambah teruk di masa depan. Ibu bahagia keluarga harmoni.

 

Sumber

Facebook Comments