Agen insurans dakwa Pesara awam tak dapat Graduiti. Ini penjelasan Bahagian Pasca Perkhidmatan(PENCEN)

Dengan ini kami mengesahkan bahawa TIDAK PERNAH terjadi bayaran GANJARAN(GRADUITI) mana-mana pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Sebagai makluman rawatan dan kemudahan rawatan diberikan secara percuma kepada tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

Kenyataan yang dibuat agen insurans ini adalah sama sekali bercanggah dengan prinsip kemudahan rawatan yang ditawarkan kerajaan iaitu kemudahan rawatan perubatan diberikan secara percuma kepada pengkhidmat awam mahupun pesara di hospital/klinik kerajaan.

Agen insurans ini hanya mementingkan diri dengan menyebarkan kenyataan yang salah dalam usaha mempromosikan produk mereka.

 

Harap dapat dikongsikan kepada sahabat/rakan/kaum keluarga pesara.

 

 

Sumber:fb Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

Facebook Comments