DIY Skrub Limau Purut, Rambut Sihat Badan Pun Berbau Wangi Tak Payah Nak Beli Syampu Lagi

Mudah je rupanya nak buat Skrub Limau Purut ni. Kalau ada lebihan limau purut tu kat rumah, mak-mak boleh cuba buat sendiri skrub daripada limau purut ini.

Menerusi perkongsian oleh Ibrisam Wossali, beliau berkongsi cara melakukan sendiri skrub limau purut di rumah yang boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos.

Hanya ambil buah limau purut dibelakang rumah sahaja. Menariknya lagi, menurut beliau Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut.Jom Cuba!

Bahan-Bahan:

Buah limau purut secukupnya
Mesin pengisar (Blender)
Sedikit air

Cara Membuat:

1. Basuh bersih limau purut.

2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar).

 

3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.

skrub limau purut

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.

skrub limau purut

Lumur macam biasa skrub limau purut tersebut dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.

 

Sementara itu, antara kelebihan Daun Limau Purut pula adalah:

limau purut

1. Hilangkan Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

 

2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

 

3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

 

4. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.

Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan sekaligus melembutkan kulit.

 

 

 

 

Sumber: Ibrisam Wossali via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri Via Mingguan wanita

Facebook Comments