Selepas Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Makin Cantik & Ayu!

Nama Najwa Latif mula mencipta fenomena menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Selepas kemunculan Najwa Latif, semakin ramai penyanyi muda yang berani menonjolkan bakat mereka.

Najwa Latif ibarat benchmark dan lagunya memang menjadi siulan anak muda. Disebabkan itulah Najwa Latif mampu kekal lama di dalam industri kerana dia punya bakat yang cukup luar biasa.

Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Najwa Latif semakin sepi dan seakan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Rupa-rupanya, Najwa kini telah pun bergelar seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga bahawa Najwa juga sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam peringkat Sarjana.

Disebabkan itulah Najwa terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dek kerana tuntutan tugas yang lain.

Katanya kepada Utusan, “Memang agak penat kerana terpaksa lakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah jadi tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar. Dalam masa yang sama, saya tidak boleh ambil mudah dengan pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu saya masih lagi cuba seimbangkan semuanya.

Najwa turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk bergelar pensyarah muda tercapai. Diberi peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Najwa gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar.

Walaupun masih muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar kerana mereka menghormati Najwa sebagai seorang pensyarah walaupun mereka mengenali siapa dirinya.

Berbicara soal kerjaya seni, Najwa akui populariti bukanlah titik utama dia berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Baginya, cukup sekadar dirinya diterima ramai. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Malah dia bersyukur kerana lagu-lagunya masih lagi dimainkan di corong-corong radio meskipun dihimpit dengan kemunculan penyanyi baru yang muda dan berbakat. Tambahnya, kemunculan penyanyi muda merupakan petanda bahawa industri muzik semakin berkembang pesat.

Sumber: Utusan Online

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Hijabista