(Video)Peminat Bertuah Ini Dapat Kunjungan Istimewa Dari Datuk Siti Biarpun..

Apa sahaja dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti menjadi perhatian dan mendapat pujian ramai.

Mula melibatkan diri dalam industri seni sejak zaman remajanya, Datuk Siti sentiasa menjadi selebriti kegemaran ramai malah semakin disegani apabila bergelar penyanyi nombor 1 negara, dan kini sebagai seorang ibu.

Baru-baru ini menerusi entri di Instagram pengurus Datuk Siti iaitu Rozi Abdul Razak, dia telah memuatnaik beberapa post berkenaan aktiviti terkini penyanyi tersebut yang memberi kejutan kepada seorang pengguna bertuah produk SimplySiti .

Meskipun tinggal di sebuah rumah flat,itu tidak menjadi penghalang buat penyanyi nombor satu negara ini memberi penghargaan kepada peminatnya.

Bukan itu sahaja ,malahan semasa dijemput masuk ke dalam rumah, beliau tidak teragak-agak menyambut pelawaan tersebut malah kelihatan tidak kekok walaupun perlu duduk dan makan bersimpuh di atas lantai.

 

Ternyata, sikap rendah diri yang dimiliki beliau membuatkan ramai mengaguminya dan memberikan pujian di ruangan komen.

Mana Nak Cari Artis Berpangkat, Sempoi Dengan Peminat

Bangga Dengan Dato’, Sempoi Makan Sekali

Sempoi Siti Makan Bersila Je.

Sempoinya Tokti.. Salute lah..

Humble.. Suka Tengok Tokti Peramah

Jadi tak hairanlah kan kenapa Datuk Siti sentiasa menjadi pujaan ramai. 

Team DTK salute! 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: IG rozisangdewi

 

 

Sumber:Sekkito