Keprihatinan P0lis Ini Mendapat Pujian Net1zen

KEPRIHATINAN anggota polis sedia menumpangkan seorang ibu dan kanak-kanak yang bonceng motosikal dalam keadaan hujan di Gelang Patah, Johor menerima pujian menggunung netizen.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Rabu itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Fadil pada mulanya menyaksikan kejadian itu ketika dia bersama dengan isterinya.

Pasangan tersebut secara kebetulan dalam perjalanan ke sebuah gerai berdekatan kediaman mereka di Taman Universiti, Skudai di Iskandar Puteri.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat, dia berhasrat untuk menumpangkan keluarga berkenaan namun sebuah kereta peronda MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilihat terlebih dahulu ‘menahan’ keluarga itu.

Anggota polis terbabit malah mempelawa mereka untuk menaiki kenderaan tersebut. Lantas Muhammad Fadil merakam momen berharga itu dan kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada net1zen menerusi med1a sos1al.

Menurutnya, dia melahirkan rasa hormat dengan tindakan anggota p0lis terbabit membantu orang awam ketika menjalan tugas hakiki iaitu menjaga ketenteram awam.

“Di saat kita merungut bawa kereta yang kecil, ada lagi insan yang kurang bernasib baik, bawa motor meredah hujan dengan bawa bbaby lagi.

“Sebak rasa hati aku melihat gelagat mereka, walau macam mana pun respect pada PDRM yang tampil membantu menghantar isteri dan anaknya ke tempat yang ingin dituju,” tulisnya pada Rabu.

Berdasarkan dua keping gambar dimuat naik tersebut, unit MPV dari IPD Iskandar Puteri itu dilihat muncul sebelum menumpangkan wanita dan dua anaknya akibat hujan lebat.

Gambar pertama memperlihatkan wanita itu memangku anak kecil manakala gambar kedua menunjukkan wanita itu bersama dua anak kecil menaiki kenderaan p0lis dalam suasana hujan.

Posting yang dimuat naik Muhammad Fadil itu sehingga kini menerima lebih 2,600 perkongsian dan maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang memuji tindakan anggota p0lis terbabit di ruangan komen.

“Inilah anggota yang layak diberikan surat atau sijil penghargaan… walaupun di belakang orang atasan… tetap menjalankan tugas dengan baik, di samping punyai sifat insaniah yang amat tinggi,” tulis penggguna Fcebook yang menggunakan akaun nama Fauzi Jamari.

“Masih ada lagi yang prihatin pada situasi macam ni, harap-harap bukan abam-abamp0lis jer… masyarakat pun bantu sama kalau nampak mereka yang memerlukan bantuan.. #salutePDRM,” kata Farah Menado.

Difahamkan, pasangan suami isteri bersama-sama dengan dua anak mereka itu hampir kehabisan minyak motosikal ketika kejadian.

Mereka kemudian ditumpangkan sehingga ke stesen minyak Petronas Taman Orkid dan diberikan 20rggt untuk mengisi minyak.

Syabas diucapkan buat anggota p0lis berkenaan yang sanggup melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan yang menjangkui tugas hakiki.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: TribuneMalaya