“Mawar dengan ibu saya baru sahaja berjumpa’ -Fizo Omar

PELAKON Fizo Omar memberitahu komen-komen neg atif netizen yang mengaitkan ibunya Hasnah Jidin, 59, sebagai punca perpis ahan dengan bekas isteri Mawar Abdul Karim memberi teka nan kepada keluarga.

Fizo menerusi program Melodi pada Ahad memberitahu, kenyataan bekas isterinya yang kurang jelas membuatkan netizen mula membuat spekulasi yang tidak benar berkaitan keru ntuhan rumah tangga mereka.

“Bila kenyataan saya dan Mawar dima nipulasi mereka mula salahkan keluarga Mawar dan keluarga saya.

“Kenyataan Mawar kurang jelas dan saya tidak pasti apa yang ingin disampaikan. Tapi saya percaya dia orang yang baik dan tidak akan bu rukkan mak mentua sendiri” 

“Ada yang kata saya anak emak, isu anak emak sudah berbelas tahun, saya jaga emak dan adik-adik sejak arwah bapa menin ggal,” ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada November 2013.

Fizo melafazkan cerai terhadap isterinya Mawar Abdul Karim pada Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Bagaimanapun, kenyataan Mawar bahawa dia terpaksa mengo rbankan kasih sayang demi kebahagiaan Fizo sekeluarga menimbulkan sp ekulasi dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Fizo memberitahu ibu dan keluarganya terjejas akibat komen neg atif netizen yang membuat spe kulasi bahawa keluarganya punca perpisa han itu.

Malah, Fizo men afikan perpis ahan tersebut akibat campur tangan daripada keluarga masing-masing.

“Tindakan dan komen neg atif netizen membuatkan ibu saya dan keluarga menjadi mang sa.

“Secara jujur, buat masa ini dia ada sedikit teka nan emosi. Sudah-sudah lah tu kalau sayangkan hubungan saya dan Mawar doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Me nafikan hal itu, Fizo berkata hubungan mereka dengan keluarga masing-masing dalam keadaan baik terutamanya berkaitan urusan anak Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

“Hubungan Mawar dengan ibu saya baik dan mereka juga baru sahaja berjumpa. Begitu juga saya dan keluarga Mawar baik-baik sahaja,” ujarnya.

Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 2.

 

 

 

Sumber:mStar

Facebook Comments