Resepi Sihat- Bihun Sup Chinese Style

Menu ini pernah tular sebelum ini dan dikongsikan kembali mengikut resipi yang diolah Nurul Jannah. Resipinya cukup mudah dan ringkas dan apa yang penting sedap. Tambah pulak dengan cili kicap. Fuhhh bertambah-tambah makan. Serius tak tipu.

#BihunSupChineseStyle

Cara :

1. Goreng 10 ulas bawang putih yang dicincang halus dengan minyak bijan sampi keperangan.

2. Lebih kurang begini perangnya, jangan sampai terhangit nanti makan tak sedap. Selepas sudah siap goreng pindahkan ke mangkuk dengan minyak bijan sekali. Siap minyak bawang putih.

3. Didihkan air dan masukkan 1 sudi besar minyak bawang putih yang siap digoreng tadi.

4.Masukkan satu kiub pati ayam dan masukkan dada ayam. Selepas ayam sudah masak, keluarkan dan racik-racik isi ayam tersebut.

5.Dalam kuali yang lain, goreng tauhu telur. Salut tauhu telur dengan tepung jagung.

6.Kemudian masukkan crab stick dan biarkan sehingga masak dan angkat dan ketepikan. Asingkan di dalam bekas, nak makan baru ambil.

7.Masukkan juga bebola ikan dan sosej. Biarkan sehingga kembang.

8.Tutup api dan masukkan sawi Jepun dan tutup periuk.

9.Satukan semua bahan bila nak makan.

10.Sos kicap :

5 btg cili padi

kicap pekat

kicap cair

1sk minyak bijan

1 biji perahan air limau nipis/kasturi

 Siap!


Sumber : Nurul Jannah

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: icookasia