Challenge selfie dalam air gaya Maya Karin kini jadi ikutan di Twitter

Sudah jadi lumrah, apa sahaja yang dilakukan seorang selebriti itu pasti akan mudah menjadi ikutan ramai, akan ada peminat atau pengikut cuba untuk meniru aksi artis kesayangan mereka itu.

Terbaru, gambar swafoto yang dimuat naik pelakon jelita Maya Karin yang ketika itu berada di dalam air sungai telah menjadi ikutan ramai pengguna Twitter.

Di dalam foto tersebut telah terserlah kecantikkan semula jadi Maya Karin meskipun tidak mengenakan sebarang solekan.

Pelbagai gelagat dapat dilihat apabila pengikut Maya Karin di Twitter cuba untuk melakukan pose yang sama sepertinya, ada kelihatan indah namun ada juga dilihat hambar dan melucukan.


Namun gambar swafoto di dalam sungai yang dimuat naik Maya Karin sebenarnya membawa meseg cinta akan alam sekitar, pelakon filem Munafik itu telah dilantik sebagai duta River of Life atas keprihatinannya terhadap alam sekitar.

Sumber : Twitter Maya Karin

Facebook Comments