Lara Alana antara pembayar cukai termuda

Sejak kecil, Lara Alana sudah mendapat publisiti meluas di dalam industri seni. Dan kini walaupun Lara baru berusia empat tahun, dia sudah pun mempunyai pendapatan sendiri dan mula membayar cukai.

Tidak pernah merasa isu ini membebankan, sebaliknya rasa tanggungjawab rakyat kepada negara, Awal Ashaari menganggap perkara ini memerlukan kesedaran individu itu sendiri bermula dari tahun pertama dalam industri seni.

“Pada saya, cukai ini tak kisah umur asalkan seseorang itu mempunyai pendapatan sendiri. Macam Lara, saya tak nafikan walaupun dia masih kecil namun sudah ada pendapatan sendiri dengan menjadi duta pelbagai produk.

Macam yang jadi duta Jakel pun dia dapat duit juga. Jadi nak tipu orang yang kata dapat percuma apa semua tu, tak boleh. “Jadi pada saya, itu adalah tanggungjawab.

Dan bila Lara ada pendapatan, ia harus dikenakan cukai pada kerajaan. Saya mengakui pada tahun pertama kena bayar, saya terkejut kerana jumlahnya agak besar juga.

“Namun bila dah buka fail dan buat anggaran serta kita dah buat pengisytiharan, jadi pembayaran itu tidaklah membebankan. Alhamdulillah, macam baru-baru ini, Lara bayar cukai sebanyak RM800.

Jumlah itu pada saya sewajarnya berbanding dengan hasil pendapatan yang dia dapat,” ujar Awal.  Mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku pada dirinya, Awal mengakui artis yang terlibat dalam dunia seni perlu ada kesedaran tentang pembayaran cukai.

Pada saya, mereka yang bekerja dalam industri seni seperti penyanyi dan pelakon perlu ada kesedaran. Macam kes artis BBNU baru-baru ini, mereka bernasib baik kerana dapat tahu awal kena bayar cukai.

Jadi bila dah jadi artis dalam tahun pertama dan kedua, dah mula bayar cukai bulan-bulan lebih baik dari tak tahu langsung, kemudian jadi tertunggak. “

Macam saya, terduduk juga la bila dapat tahu tunggakan cukai yang saya kena bayar dari tahun 2005 hingga 2016. Yelah, masa saya mula terbabit dalam industri seni, saya tak tahu kena bayar cukai.

“Bayangkan berapa jumlah yang saya kena sepanjang tempoh itu. Saya ingat lagi kena bayar dalam ratusan ribu ringgit juga untuk menjelaskan semua tu. Namun semua perkara ini dapat diselesaikan apabila saya duduk berbincang kaedah yang sebaiknya dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri,” kata Awal.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK Sumber: mhetv

Facebook Comments