[VIDEO] ‘Pengganti Mak Iti Ni..’- Anak Siti Sairah Warisi Suaranya Buat Netizen Terpegun

Kini, populariti seseorang bukan sahaja tertumpu kepada artis atau selebriti sahaja, malah instafamous atau apa-apa sahaja perkara yang dimuat naik dan menjadi viral di laman sosial boleh menjadi terkenal dan mempunyai peminat tersendiri. 

Begitu juga dengan anak-anak selebriti yang turut menjadi tumpuan netizen pada masa ini. Salah seorang daripadanya ialah Umairah anak kepada Siti Sairah Tarudin yang juga adik kepada penyanyi  terkenal bersuara lunak iaitu Siti Nurhaliza Tarudin.

Umairah yang baru sahaja membuka akaun instagram sendiri ini mula mengorak langkah mengikuti jejak ibunya sebagai seorang selebriti. Betul kata orang mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suara yang diwarisi daripada ibunya yang mempunyai darah penyanyi turut mengalir di dalam dirinya apabila ibunya, Siti Sairah memuat naik video Umairah yang sedang menyanyi di dalam kereta.

Amboi anak ibu dah ada ig… so boleh follow ye ❤️❤️❤️ #Repost@umairah_sairahtarudin with @get_repost

VIDEO :

Rata-rata netizen turut berpendapat bahawa Umairah adalah pengganti ibu sauaranya iaitu Dato Siti Nurhaliza.

comel… merdu nya dia nyanyi

bgtu merdu alunan suara mu syg

pengganti mak iti nanti ni

Ya Allah sedapnya suara Umai

 

Sumber : Instagram sitisairahtarudin via @LubukMaklumat