“Dulu Kawan Sekarang Suami,” – Sari Yanti Muat Naik Foto Throwback Dengan Jep Sepahtu, Sweetnya!

Pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu sering mendapat perhatian ramai dek kerana gelagat dan sifat humor mereka berdua.

Terbaru, ibu kepada Dariya Inara telah berkongsi gambar throwback-nya dua tahun lepas bersama Jep ketika berada di Jepun.

“Today . Two years ago . Kejap je dah dua tahun.

 

Time kakak tengah training jadi Ninja dulu ada la kawan kakak ni teman. Baik dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu juga turut bekongsi detik terindah ketika berada di negara matahari terbit itu.

“Tempat ni memang tempat ninja training. Ninja school. Yg dalam gambar ni kitaorang kat rumah sesat dia. Nak keluar tak jumpa jalan . Punyalah lama kitaorang dok pusing sini sana cari jalan keluar.
Lama lama terpaksa lambai lambai kat camera blakang tu mintak orang datang bukak kan jalan Sebab dah lambat nak kerja.

 

Gambar ni je dalam banyak banyak gambar boleh throw back sebab time jadi ninja ni tutup kepala.

 

Assalamualaikum semua
-Ninja Village, Nagano Shi,” tulisnya lagi.

Lalu, netizen telah memuji keserasian mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang sentiasa sweet dan manja.

Alahai, comel betul Sari dan Jep ni kan? Mula-mula kawan biasa. Sekarang sudah jadi suami isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel, Dariya Inara.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: https://www.mediahiburan.my/