Pelakon Wawa Zainal mendedahkan anaknya, Hayla, 3, berang selepas melihat bapanya, Aeril Zafrel bersama dengan wanita lain.
Semuanya gara-gara Aeril memainkam rakaman videonya dalam satu babak bersama pelakon Elizad sedang menjalani sebuah penggambaran.
Hayla bukan sahaja memarahi bapanya malah turut menangis serta bertindak mencakar Aeril.
“Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap ‘ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama’.
“Dan Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia.
“Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharunya saya sampai nak menangis… Macam siapa ajar dia ni?,” tulisnya
Wawa berkongsi video dan kapsyen tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Wawa bagaimanapun terharu dengan respon yang diberikan anaknya itu kerana biarpun masih kecil namun sudah memahami.
Pasangan itu terpaksa memujuk Hayla dan menjelaskan ia cuma lakonan sehingga anaknya berhenti menangis.
“Awak baru tiga tahun sayang tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa situasi itu. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila.
“Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak… Ayah tengah jalani penggambaran,” katanya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.
Perempuan tetap perempuan. Kecik lagi dah ada rasa cemburu yang menebal. Hehe..
Sumber:Gempak