Elakkan 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal & Katil Untuk Jauhi Pepijat

Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Pepijat membuatkan katil anda jadi tak selesa dan boleh menggangu tidur anda. Kalau yang jenis penggeli, sekali dia nampak memang dia tak akan tidur lagi di katil tu.

Namun, korang tahu tak pepijat ini sebenarnya memilih untuk ‘berumah’ di katil, selimut atau bantal yang dia suka. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja.

Menurut kajian terbaru oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang bewarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan yang pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang bewarna hijau, kuning dan putih.

Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit-untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian!

Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti janina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam.

Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, “Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang bewarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi, kami silap. Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping ‘kawan-kawan’ yang lain.

Bijak pepijat ni. Nak hisap darah manusia ajak kawan-kawan ya? How nice!

Okay, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka. Cepat pergi tukar hiasan dalam bilik tidur anda yang bewarna merah dan hitam tu!

Sumber: CityLab (Gizmodo)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: OhSem