Nampaknya hubungan teman tapi mesra pasangan pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha semakin mendapat lampu hijau daripada warganet yang tidak henti-henti mendoakan agar jodoh pasangan sejoli itu termenterai di jinjang pelamin tidak lama lagi.
Dalam entri terbaharu Aidil di Instagramnya, pelakon Villa Ghazara ini memuat naik sekeping gambar bersama buah hatinya sambil meminta pengikut Instagram memberikan kapsyen yang sesuai untuk gambar tersebut.
Aidil dan Fasha mula rapat sejak setahun lalu namun masing-masing tidak mahu memberikan jawapan solid apabila ditanya soal cinta.
Menggunakan panggilan Pak Ngah, Aidil sering dilihat menjadi peneman kepada Fasha yang dipanggil Mak Ngah dalam kebanyakan majlis hiburan yang dihadiri.
Aidil turut hadir dalam majlis sambutan hari jadi anak kedua Fasha, Puteri Raysha Jemyma yang diadakan dua hari yang lalu yang mana turut diraikan bapa kandung Jemyma iaitu Jejai.
Siapa la yang tidak tertawan dengan si jelita Fasha Sandha kan? Satu Malaysia tahu Fasha amat dikenali dengan wajah yang tak makan dek usia, hati budi yang baik ditambah dengan sifat keibuan yang ada pada wanita itu.
Ramai jejaka di luar sana makan hati dan cemburu bila Aidil yang jadi pilihan Fasha. Tapi apa boleh buat, mungkin dah tertulis jodoh mereka berdua.
Semoga mereka dipanjangkan jodoh sebagai suami isteri. Anak-anak Fasha, Rayfal dan Jemyma pun mesti seronok bila dikelilingi orang-orang yang sangat menyanyangi mereka.
Kredit foto: Instagram Aidil Aziz dan Fasha Sandha