Fasha,Aidil Bertunang

Tahniah Cik Pang ucapkan kepada pelakon jelita Fasha Sandha dan pelakon kacak Aidil Aziz yang dengar khabarnya mengikat tali pertunangan hari ini.

Menurut teman Cik Pang, majlis pertunangan itu dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat pasangan itu di kediaman Fasha.

Disebabkan ini kali pertama Fasha merasai nikmat majlis bertunang dan bergelar tunangan orang, keluarganya bertungkus-lumus melakukan persiapan sejak beberapa minggu lalu.

Segala urusan berkaitan hari bersejarah ini diserahkan kepada mereka memandangkan Fasha sibuk di set penggambaran filem dan drama.

Teman Cik Pang turut berkongsi yang pasangan itu tidak mahu bertunang lama-lama.

Dengarnya kalau tiada aral, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar penghujung Februari atau Mac tahun depan.

Kesempatan ini Cik Pang memohon semua pembaca dan peminat Fasha agar mendoakan hubungan mereka berkekalan dan majlis hari ini dipermudahkan Allah. Sama-samalah kita doakan ya!

Sumber:hMetro