Meriahnya Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Siti Aafiyah!

Tanggal 19 Mac 2018 menjadi pembuka lembaran baharu dalam sejarah hidup penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Berbaki lagi sehari, Siti Aafiyah bakal meraikan ulangtahun pertamanya sebagai permata hati Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Namun, diawalkan dua hari daripada tarikh sebenar sambutan hari jadinya, Siti Aafiyah diraikan bak puteri raya dalam majlis hari jadi bertemakan karnival semalam.

Berlangsung penuh meriah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, majlis itu dihadiri oleh kenalan rapat Siti dan Datuk K bersama anak masing-masing.

Che Ta, Jihan Muse, Amyra Rosli, Fouziah Gous dan Fizo Omar antara kelibat keluarga selebriti yang hadir memeriahkan acara.

Meganya majlis sambutan hari jadi Aafiyah sampaikan set playground di angkut masuk ke dalam hotel!

Bukan itu saja, tetamu yang hadir juga tidak kalah gaya dengan menepati tema baju berwarna pastel; warna pilihan Siti sendiri.

Malah, bait-bait kata yang kini sedang tular di mana-mana saja ‘Aafiyah anak ibu’, ibaratnya menjadi kata-kata azimat sepanjang majlis berlangsung dari pukul 3 petang semalam.

Percayalah! Aafiyah anugerah Allah yang dinanti-nanti 11 tahun itu bakal mekar berkembang indah dibajai kasih dan sayang Siti dan Datuk K.

Berikut ialah di antara momen-momen indah dan terbahagia sempena sambutan hari jadi pertama Aafiyah. Enjoy!
 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak.