Tips Nak Jadi Tetamu Allah, Amalkan Cara Yang Dikongsi Oleh Wanita Ini

Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.

Bagi yang menunaikan haji ia meru[pakan satu perjalanan ibadat yang sangat bermakna kerana sebahagian besar jemaah menunggu berpuluh tahun sebelum giliran mereka dapat ‘naik haji.’

Demikian hebatnya ujian dan penantian para dhuyuf arrahman (tetamu Allah).

Berikut ini Hajjah Rohana Saad berkongsi tip untuk menjadi tetamu Allah. Moga ia bermanfaat untuk semua.

TIP NAK DAPAT JADI TETAMU ALLAH

Petua seorang sahabat katanya kalau nak sangat pi Tanah Suci selalu lah bertalbiah “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika lak.”

Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan tak sampai setahun dia jadi Tetamu Allah. Ramai juga yang maklumkan mereka ikut petua ini dan dijemput menjadi tetamu Allah.

Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, In Sya Allah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.

Selain di atas ada sahabat lain memberi petua ialah selalulah kita mendoakan orang lain untuk jadi tetamu Allah.

Kita jangan kedekut untuk mendoakan untuk orang lain. InsyaaAllah malaikat akan mendoakan untuk kita pula.

KONGSI REZEKI

Petua akhir, kita hendaklah selalu meraikan saudara mara atau sahabat handai yang akan ke Tanah Suci samada pergi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan memberi sedikit sumbangan dengan seikhlasnya tanpa mengharap cenderahati dari Tanah Suci.

Boleh diberi sumbangan kewangan atau telekung dan sebagainya keperluan ke Tanah Suci.

InsyaaAllah penerima sumbangan kita yang menjadi tetamu Allah tersebut dengan seikhlasnya akan mendoakan buat kita menjadi tetamu Allah pula.

Tak salah kita ikut petua-petua ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa.

Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu.

Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamuNya.. Aamiin .

Doa untuk menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah.

Sumber kredit: Hajjah Rohana Saad

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: kashoorga