Setiap kali tiba musim cuti sekolah, anak-anak yang paling teruja. Inilah masanya mereka berpeluang rehatkan minda setelah penat belajar. Sudah pasti ibu bapa sudah merancang ke mana lokasi untuk membawa anak-anak bercuti kan. Sama ada ke pusat rekreasi seperti air terjun, pantai dan sebagainya.
Memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara kita saat ini, sudah pasti seronok jika dapat mandi-manda di samping menghirup udara segar kan. Namun., disebalik keterujaan itu, ibu bala kena berhati-hati bimbang berlaku trag3di yang tidak diingini seperti l3mas dan sebagainya.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kejadian m4ti l3mas.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan insid3n m4ti l3mas lebih daripada lima m4ngsa antara tahun 2016 dan 2018.
Pada tahun lalu, sebanyak 182 insid3n m4ti l3mas dilaporkan di kawasan sungai atau tali air, 58 di pantai, 39 di lombong atau tasik dan 27 insid3n di air terjun. Berdasarkan data JBPM bagi kejadian m4ti l3mas kawasan rekreasi adalah sebanyak 260 kes pada 2016; 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018.
Oleh itu, beliau meminta semua ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi. Jadi, kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak ke pusat rekreasi melibatkan air, berhati-hatilah di kawasan-kawasan ini:
1. Kawasan sungai
- Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
- Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
- Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
- Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
- Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)
2. Kawasan pantai
- Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
- Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
- Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)
3. Kawasan lombang/empangan
- Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
- Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
- Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)
4. Kawasan air terjun
- Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
- Sekayu, Terengganu (11)
- Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
- Chamang, Bentong, Pahang (5)
Sumber: Bernama