Buat bisnes pilih nama Inggeris untuk bayi bagi tampung yuran universiti

SEORANG usahawan berusia 19 tahun, Beau Jessup, memperoleh ratusan ribu dolar menerusi perkhidmatan secara dalam talian yang membantu ibu bapa di China memilih nama Inggeris untuk bayi mereka.

Mencari nama yang sesuai bagi bayi merupakan satu perkara yang besar di China.

Golongan ibu bapa di negara itu biasanya memilih dua atau tiga huruf untuk nama anak mereka dalam bahasa Cina, yang mempunyai makna.

Tetapi kebanyakan mereka berdepan dengan masalah untuk menamakan nama Inggeris.

Dengan bayaran yang murah, perkhidmatan Special Name yang ditubuhkan Beau akan mencadangkan beberapa nama Inggeris dengan ciri yang berbeza.

Sejak tiga setengah tahun lalu, Beau membantu menamakan lebih 670,000 bayi di China, dan memperoleh lebih AS$400,000 (RM1.63 juta).

Jumlah bayaran yang diterima itu lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaan kolejnya. 

Idea penubuhan Special Name pada 2015, bermula selepas menemani bapanya bagi lawatan bisnes ke China.

Salah seorang rakan niaga bapanya, Wang meminta bantuan untuk memlih nama Inggeris buat anak perempuannya berusia tiga tahun.

Wang nampaknya gembira dengan pilihan nama Eliza berdasarkan insiprasi watak Eliza Doolitle daripada kisah ‘Pygmalion’.

Dia kemudian memberitahu Beau mengenai betapa pentingnya memilih nama Inggeris bagi anak-anak di China.

Dengan negara Asia yang kini menjadi kuasa ekonomi global, berkomunikasi dengan mereka yang berbahasa Inggeris dan mereka dari Barat adalah perlu, dan kebanyakan warga China percaya mempunyai nama Inggeris menjadikan ia lebih mudah. 

“Jika Puan Wang mahukan perkhidmatan ini, mungkin ibu bapa lain pun begitu,” kata Beau kepada CNBC

Kebanyakan bayaran perkhidmatan itu digunakan Beau untuk yuran universitinya dan pelaburan hartanah. – odditycentral

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar