(Foto) Meriahnya sambutan birthday Arif Jiwa di rumah anak yatim Titian Kasih

Bakal menyambut kehadiran cahaya mata keduanya sekitar Mei depan, pelakon yang juga menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin baru sahaja meraikan ulang tahun putera sulungnya, Arif Jiwa yang kini berusia dua tahun.

Tampil sedikit berbeza tahun ini, ulang tahun Arif bertemakan Mickey & Minnie Mouse itu diadakan di Rumah Anak Yatim Titian Kasih yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran kedua-dua belah keluarga Tya dan Asyraf.

Tya menerusi Instagram miliknya menzahirkan rasa syukur dengan nikmat bahagia yang dilaluinya sejak hari pertama bergelar ibu kepada putera comelnya itu.

“Terima kasih Jiwaku, kamu sudah mengisi hari menjadi warna, merubah duka menjadi suka, membuat lara menjadi tawa.

“Terima kasih Jiwaku, kamu sudah banyak mengajar ibu, mengajar erti sabar, memahami gerak gerikmu, menjadikan sebuah pengalaman sangat berharga.

“Terima kasih Jiwaku, kamu sudah tumbuh menjadi anak yang sangat ibu dan ayah sayangi, cintai dan kasihi. Doa ibu, semoga dengan hadirmu di dunia, bisa merubah apa pun menjadi lebih baik, menjadi anak yang soleh, bisa membawa orang tuamu ke syurga, amin ya rabbal allamin,” titipan doa Tya buat permata hatinya.

Pelakon kelahiran Palembang, Indonesia itu mendirikan rumah tangga dengan anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan Arif pada 31 Mac 2017.

Berikut ialah warna-warni kemeriahan sambutan hari lahir Arif.

Semoga Arif membesar menjadi anak yang soleh. 

Selamat hari lahir si comel!

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv,IG Tya