Bomboloni adalah donut versi Itali yang sangat sedap dimakan. Ia mempunyai inti ditengahnya, untuk resepi ini kami menggunakan Nutella.
Resepi bomboloni ini dikongsikan oleh saudari Farah Syazwanie.
Jom tengok cara nak buat resepi bomboloni nutella yang viral ini.
Resepi Bomboloni Nutella
Hasil jualan saya. Saya kongsikan pada anda resepi yg saya gunakan. Semoga memberi manfaat buat para isteri pada adik2 lepasan SPM yg baru nak memulakan perniagaan sampingan. Doakan juga semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Amiin.
Bahan-bahan Adunan utk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan)
- 500 gm Tepung gandum/ high protein (saya guna HP)
- 11 gm yis mauripan (1 paket)
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu makan marjerin
- 1 biji telur gred B
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan susu tepung
- Sedikit garam
- 1 cawan fresh milk
- 1/2 cawan air biasa
Cara Menyediakan
Campur semua bahan sekali termasuk yis. *Guna tangan uli 15-20 minit. *Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.
Rehatkan adunan 30 minit.
Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding.
Biarkan adunan naik kembang 2x ganda dan selepas itu dah boleh goreng.
Gorengkan di dalam kuali dengan minyak yang banyak.
Gaulkan donut yang dah digoreng tadi dengan snow sugar (boleh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.
Gunting bahagian tengah atas ke dalam jangan sampai tembus pula ya. Akhir sekali boleh diletakkan filling nutella.
Semoga bermanfaat.
Tips
- Pastikan semua bahan-bahan berada dalam suhu bilik.
- Untuk susu segar, pakai yang sejuk.
- Selepas proses rounding, tekan bagi leper sedikit.
- Apabila sudah kembang, tak perlu leperkan lagi.
- Doh yang sudah dibuat awal, boleh disimpan didalam peti sejuk beku, namun apabila nak mula buat, keluarkan 2 jam sebelum.
- Sebelum diletakkan nutella, boleh diletakkan whipping cream coklat. (pilihan)
Trivia
Bombolini ini boleh dijual pada harga RM12 / 5 biji.
Nama pastri ini berasal dari kaitan secara etymology terhadap bomba (bom), dan jenis pastri yang serupa juga dipanggil dengan bomba (banyak: bombe) di sesetengah bahagian di Itali.
Kredit resepi dan gambar: Farah Syazwanie
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: penselpen