Kami masih sebumbung – Sheera Iskandar

APABILA tiba waktu sesuai, saya akan berkongsi perkara ini. Buat masa sekarang, saya masih isteri orang,” kata pelakon Sheera Iskandar mengenai desas-desus rumah tangganya dengan suami, Abdullah Harun, 35, sedang bergolak.

Namun, Sheera, 34, atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar mengakui rumah tangga yang dibina sejak Ogos 2015 itu ada pasang surut.

Menurut Sheera yang juga pelakon drama Gerak Khas, dia dan suami masih tinggal sebumbung dan berkomunikasi seperti biasa.

“Kami masih sebumbung. Buat masa sekarang kami okey saja. Kalau saya bersedia nak cerita apa-apa, saya akan cerita. Kalau dia ada sekali lagi bagus. Bukanlah daripada saya seorang saja.

“Kami mengenali satu sama lain selama empat, lima tahun sebelum kahwin. Dari segi komunikasi kami okay dan seperti kawan. Dalam masa sama, dia pun sibuk dengan kerjaya.

“Cuma, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya. Mungkin juga kami masih dalam proses saling mengenali. Orang selalu cakap, tiga tahun pertama perkahwinan baru nak lepas proses ini. Jadi, beri kami ruang untuk perbaiki apa yang perlu,” katanya kepada Harian Metro.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid turut menafikan faktor belum dikurniakan cahaya mata menjadi punca hubungannya dengan suami dingin.

Dalam masa sama, dia turut menafikan ada menghadiri sesi kaunseling berhubung masalah itu.

Ditanya mengenai tindakannya tidak memuat naik gambar bersama suami di laman sosial, keluar dan menghadiri mana-mana majlis bersama, Sherra berkata, itu adalah pilihan suaminya.

“Dia memang begitu. Sejak awal perkahwinan lagi dia memang tidak gemar mengikut saya ke mana-mana majlis. Baru-baru ini dia belikan tiket menonton Disney On Ice, tapi dia tak ikut sekali. Kami juga baru membuat iklan radio,” katanya.

Terdahulu, kisah mengenai pergolakan rumah tangga Sheera disiarkan dalam ruangan gosip akhbar, baru-baru ini.

Sebelumnya, menerusi status dimuat naik pelakon Abby Abadi di Instagram ada menyebut Sheera sedang mencari seseorang.

 

Semoga yang baik-baik saja Sheera!

 

 

 

 

Sumber:HMetro