Kepada generasi baru pasti kurang mengenali pasangan Syed Sobri dan Azie. Kedua -dua mereka merupakan pelakon dan penyanyi popular sekitar tahun 80an.
Lagu popular Syed Sobrie bertajuk Cinta Yang Terhumban masih evergreen hingga ke hari ini. Syed Sobrie jupa pernah berlakon dalam filem boxoffice Azura pada tahun 1984 bersama Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud.
Fuh, dah berapa puluh tahun tu!
Dalam filem tersebut, Syed Sobrie memegang watak Amir kawan kepada hero, Zack lakonan Datuk Jamal Abdillah.
Kredit:Deanhoxton
Manakala Azie, bekas kakitangan bank ini, lagunya yang berjudul Mengharap Cintamu, sekitar 80an pernah dirakamkan semula oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Ramai yang tak tau yang Syed Sobrie juga merupakan bapa saudara kepada pelakon Scha Al-Yahya. Keluarga seni rupanya!
“Buat masa ini kalau ada undangan kami masih menyanyi, biasanya di majlis makan malam, selebih itu, adalah buat bisnes dalam bidang muzik (studio) juga,” kata Azie.
Wajah Syed Sobrie di zaman kegemilangannya
“Studio itu masih ada, anak bongsu lelaki ada band dia yang sering gunakan,” kata Azie lagi.
Perkembangan terkini
ANAK ke lima penyanyi Syed Sobrie Syed Kechik, 57, dengan isterinya Azie atau Nor Aziah Sidek, 56, selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, baru-baru ini.
Majlis pertunangan itu berlangsung pada 30 Mac lalu di rumah pasangan penyanyi terkenal itu, di Putrajaya.
Dalam urusan perbincangan kedua-dua keluarga, bakal pengantin dijadualkan bernikah pada 9 November ini.
Syed dan isteri merestui percintaan anak dara mereka Sharifah Nur Syamim, 25, dengan ahli perniagaan kacak Danial Faris, 25 dari Kuala Lumpur.
“Danial anak sulung dalam tujuh orang adik-beradik dan Syamim pula ialah anak kelima dalam enam orang adik-beradik. Mereka ini dah kenal lama, sejak sama-sama belajar di Sekolah Menengah TTDI lagi, sewaktu sama-sama dalam tingkatan tiga.
Bagaimanapun, ketika menyambung pengajian dalam tingkatan empat, Syamim berpindah sekolah lain, di Putrajaya. Nak jadikan cerita, kemudiannya, mereka berdua bertemu semula ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
“Dari situlah mereka yang belajar dalam berlainan bidang, berkawan baik langsung membawa kepada percintaan. Kami menyenangi sikap Danial dan merestui cintanya dengan Syamim.
“Syamim sekarang kerja di Beacon Hospital dan akan bersara akhir bulan ni sebab September nanti nak buat PHD di Universiti Putra Malaysia dalam kajian ka nser. Dia pernah mengikuti pengajian Biomeical Science dan Master In Cancer Research di London,” cerita Azie.
Pada majlis petang itu, pihak lelaki membawa lima bekas dulang hantaran dan perempuan pula membalas dengan tujuh bekas. Bila dirisik tentang hantaran belanja kahwin, mereka cuba berahsia.
Bagaimanapun daripada sumber yang layak dipercayai, URTV difahamkan hantaran belanja kahwin nanti dipersetujui kedua-dua belah keluarga RM20,019.00 dan Mas Kahwin pula RM2019.00.
Tahniah buat Syed Sobrie.
Zack a.k.a Datuk Jamal.Abdillah bila pula nak terima menantu? Hehe..
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: urtv