Walaupun sedang dilanda ujian berat di mana anaknya, Ainul Mardhiah menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulut namun bapa kanak-kanak itu, Ahmad Saifuddin masih mampu membantu orang ramai.
Dia yang mengusahakan perniagaan runcit, Asar Halmart berbesar hati menyumbang tepung gandum dan gula kepada mereka yang memerlukan secara percuma.
Perkongsian Ahmad Safiuddin dalam laman Facebook miliknya mengenai sumbangan yang dibuat atas nama anaknya, Ainul Mardhiah.
“Assalamualaikum dan salam Jumaat. Pelanggan yang dikasihi sempena hari Jumaat yang mulia ini, Asar Halmart akan memberikan tepung gandum dan gula secara percuma.
“Setiap pelanggan berhak mendapatkan 2kg gula dan 2kg tepung gandum bermula hari ini sehingga stok habis.
Sebanyak 600kg gula dan 500kg tepung gandum diperuntukkan untuk disedekahkan kepada orang ramai.
“Begitu juga dengan golongan yang tidak berkemampuan, anda boleh datang ke outlet kami dan ambil 2kg tepung gandum dan 2kg gula di outlet kami,” tulisnya di Facebook.
Ujarnya dia memperuntukkan sebanyak 600kg gula dan 500kg tepung untuk disedekahkan kepada orang ramai.
Tambahnya lagi, sumbangan itu dilakukan dengan niat bersedekah atas nama anaknya yang berusia lapan bulan kepada golongan kurang berkemampuan.
“Semoga dengan bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban anda semua.
“Doakan anak kami Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin supaya diberi kesembuhan dan kesihatan,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mhetv