Seri ibu hamil..

Sudah tertulis rezeki buat pelakon Elfira Loy. Walaupun baru berkahwin empat bulan lalu, kini isteri kepada Faris Khairol Anuar ini disahkan berbadan dua.

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Elfira sewaktu ditemui MHE TV pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Elfira Loy X MC Vogue di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Meskipun agak malu-malu sewaktu ditanya, Elfira yang merahsiakan usia kandungannya mengakui sebelum ini perkara itu masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.


Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya gembira dan sangat bersyukur kerana sekarang ini selalu baca tentang wanita susah untuk hamil.

“Jadi apabila saya disahkan mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin, saya bersyukur dan tak sangka rezeki datang awal. Suami pun terkejut juga dan tergamam pada awalnya.

“Sebenarnya, saya sendiri tak sangka sudah ada ‘isi’ ketika menjalani penggambaran telemovie.

“Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dan sampai sekarang pun masih tak percaya mengandung,” ujar Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun.

Tahniah El dan Faris! 

 

 

Sumber:MHETV