Beto Kusyairi imbau nostalgia jadi Along! Kanak-kanak 90an mesti ingat

PELAKON Beto Kusyairi berkongsi pengalaman ketika dia menjadi individu terakhir yang menyarungkan maskot untuk rancangan kanak-kanak terkenal iaitu Along pada 15 tahun lalu.

Menurut Beto, 39, dia ditugaskan untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu mata pelajaran Matematik menerusi siaran televisyen dan acara anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB.

Beto sekali lagi menyarungkan maskot seperti Along untuk telemovie akan datang.

“Dan aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu.

“Tiga atau empat musim jugalah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya,” kata Beto.

Pelakon itu berkongsi perkara tersebut dan memuat naik foto ketika dia memakai maskot tersebut pada 2004 di laman Instagram.

Beto pernah menjadi maskot rancangan popular itu pada 2001 ketika di awal pembabitannya dalam dunia seni hiburan tempatan.

Pelakon drama bersiri KL Gangster: Underworld ini menganggap ia sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakannya meskipun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam melakukan kerja maskot itu.

Beto pernah menjadi maskot rancangan Along pada 2001 hingga 2004.

Dalam pada itu, Beto memberitahu dia sekali lagi diberi tanggungjawab yang lebih berat untuk menyarung maskot seperti itu selepas 15 tahun berlalu.

Menurutnya, dia melakukan untuk telemovie bersempena hari bapa iaitu #Sesekali yang akan ditayangkan pada 14 Jun depan menerusi TV2.

“15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi. Kali ini lebih berat tuntutannya.

“InsyaAllah akan bersiaran genap sebulan lagi di TV2 iaitu pada tanggal 14 Jun depan.
Nantikan telemovie #Sesekali. Sempena hari bapa,” ujarnya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar