BERMULA sekadar suka-suka, penyanyi Tomok tidak menyangka video nyanyian dua anaknya iaitu Arrian Akid,8, dan Andrashah Iman, 5, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yangdi-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapat perhatian istana.
Menurut Tomok, dia sekeluarga rasa bertuah apabila gelagat
kedua-dua anaknya itu menerima pujian daripada Raja Permaisuri
Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Segalanya bermula apabila Tunku Azizah membalas twit
daripada seorang pengguna Twitter dan bertanya asal
usul dua kanak-kanak lelaki yang memberikan ucapan kepada Seri
Paduka Baginda.
Malah Tunku Azizah turut berbalas twit dengan memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan untuk menjemput kedua-dua mereka ke istana.
Perbualan Tunku Azizah di Twitter dikongsikan Tomok di Instagram.
“Tentunya kami sangat gembira jika mendapat jemputan daripada pihak istana.
“Bukan apa, ini untuk pengalaman anak-anak. Siapa tak mahu bergambar dengan Agong, sekurang-kurangnya dapat juga peluang untuk kami masuk ke istana.
“Kalau betul ia jemputan daripada Permaisuri Agong, saya rasaamat bertuah. Siapa tak nak kalau dapat peluang berjumpa Agong… peluang begini sekali seumur hidup dan bukan semua orang boleh dapat peluang begini,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Bercerita lanjut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan
Ismail, 35, berkata, dia tidak menyangka ucapan yang dimuat
naik isterinya, Rahayu Abbas mendapat perhatian netizen
termasuk Tunku Azizah.
“Memandangkan hari ini adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan
Agong, isteri saya saja suka-suka buat video untuk beri ucapan,
sama seperti orang lain yang wish kepada Agong.
“Kemudian isteri saya upload ke Twitter dan
ada individu yang tag Tunku Azizah.
Terdahulu, Tomok menerusi Instagram miliknya pada Isnin
berkongsi beberapa paparan skrin dari akaun Twitter
Tunku Azizah @cheminahsayang yang menjemput kedua-dua anaknya
ke Istana Negara.
“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk
anak-anak saya ke Istana Negara,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata peminatnya termasuk beberapa rakan
selebriti seperti Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad dan Fadzil
Zahari turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang
tidak disangka-sangka itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:mstar