TAHNIAH! Elfira Loy kini bergelar ibu

TAHNIAH!

Pelakon, Elfira Loy kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya hari ini.

Pelakon yang popular dengan drama Tentang Bulan itu berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagramnya sebentar tadi.

Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.

Elfira Loy, 25, telah diijabkabulkan dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Tahniah lagi sekali buat El dan Faris!

Sumber:Astro Awani