Rumah di Vietnam ini hanya selebar pagar satu pintu!

Setiap orang pasti mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri, namun kekurangan wang dan kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan membuatkan kita terpaksa akur dengan apa yang ada.

Tetapi tidak untuk seorang wanita dari Vietnam ini. Biarkan cuma memiliki sebuah tanah lot kecil, dia tidak mensia-siakan tanah lot itu dengan membina rumahnya sendiri biarpun cuma selebar pintu pagar!

Rumah yang dibina memanjang itu hanya berkelebaran pagar satu pintu, serta mempunyai dua tingkat. Terdapat juga ruang di hadapan rumah yang muat digunakan untuk meletakkan motor.

Walaupun pada sekali pandang rumah itu kelihatan sempit dan hanya boleh didiami seorang penghuni, namun ruangan di dalamnya tidak sesempit yang dijangkakan dan nampak agak selesa.

Reka bentuk rumah unik itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, di mana ramai yang percaya rumah itu pasti sangat sukar untuk didiami, namun ada juga yang merasakan rumah dengan dinding dan bumbung yang kukuh sudah cukup memadai.

 

 

 

 

Sumber: Elite Readers via Himpunanceritalawak