Kisah sweet pelajar cilik ini mendapat lebih 36,000 ulangkicau

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Khairunnisa Afifah menggunakan akaun Twitter @khai_afifah. Perkongsian beliau mendapat lebih 36,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

_____________________________________

Mak aku cerita sebenarnya yang hantar surat ni adalah pelajar darjah tiga. Si adik darjah tiga tu minta tolong kakak dia tuliskan penghargaan untuk mak aku.

Tapi lukisan ni sepenuhnya dilukis oleh oleh adik tu manakala kakak dia tu darjah lima, sebab tu Bahasa Inggeris dia bagus. Lepas tu budak comel tu bagi surat ni pada mak aku.

Isi kandungan surat tersebut,

makcik,you wash the bathroom so clean. You keep some water in the bins went there were no water and you always mop the floor so clean that we can’t see the foot prints. You wash the toilet so clean that we can use goodly . I like our bathroom! 

What can I say? Dia anak yang diasuh dengan baik untuk menghormati org lain.

Mesti semua tertanya-tanya macam mana muka budak comel yang bagi surat ni. Aku dah minta kat mak tadi kalau esok jumpa dia, selfie sikit. Tak esok, hari Isnin nanti kita tengok sama-sama ya. Harap bersabar ya semua.

Hi, i’m back! This is my mom dengan yang duduk tengah tu adik yang bagi surat tu. Oh apa-apapun, ada satu lagi info. Mak adik comel ni cikgu jugak kat sekolah ni jadi jangan bimbang okay. Dah buat apa yang patut. Okey bye, sis berhenti di sini.

Kredit Gambar: Khairunnisa Afifah 
 
Tak kira apapun pekerjaan kita, kalau buat dengan seikhlas hati, pasti akan terlihat dari segi kualiti kerja dan orang sekeliling juga turut merasakan kesannya.

 

Semoga kisah ini menjadi contoh untuk semua.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:gempak