Jika di Hollywood, keluarga terkenal seperti Kim Kardashian dan David Beckham menjadi perhatian orang ramai sehinggakan mereka mempunyai rancangan televisyen atau YouTube channel sendiri yang mendedahkan sisi kehidupan mereka sebenar.
Di Malaysia pun apa kurangnya, banyak keluarga selebriti yang terkenal sehinggakan jutaan rakyat Malaysia menjadi pengikut mereka di laman media sosial.
Antaranya keluarga Hanis Zalikha, Jep Sepahtu, Ariel Zafril dan ramai lagi. Belum masukkan keluarga public figure lagi.
Jom lihat 5 keluarga yang sering menjadi perhatian umum ni:
1.Awal Ashaari & Scha Alyahya
Pasangan stylo selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah diijabkabul pada tahun 2012.
Selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga, mereka berdua dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Lara Alana.
Sumber:instagram Awal Ashaari
Sejak kehadiran si comel ini, keluarga kecil ini sering mendapat perhatian orang ramai. Ini kerana layanan, perhatian dan didikan yang diberikan oleh Awal kepada Lara seperti menatang minyak yang penuh.
2.Vivy Yusof & Fadza Anuar
Pasangan Vivy Yusuf dan Fadza Anuar bukanlah pelakon atau penyanyi. Mereka adalah usahawan berjaya yang memiliki jenama sendiri iaitu dUCk dan Fashion Valet dan jenama tempatan ini semakin meletup dalam dunia fesyen.
Sumber:instagram Fadza Anuar
Walaupun pasangan secocok ini bukan dari dunia hiburan tapi, perkongsian gaya hidup mereka menerusi blog, laman Instagram dan YouTube Channel mereka telah berjaya menarik minat netizen untuk mengetahui lebih tentang gaya hidup mereka.
3.Jep Sepahtu & Sari Yanti
Siapa tak kenal dengan pelawak Jep Sepahtu, lawaknya yang bersahaja mampu buat orang ramai tak kering gusi melihat lakonannya di kaca televisyen.
Kini, pelawak berusia 34 tahun itu telah pun mempunyai keluarga kecil dan sering menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki cahaya mata yang comel iaitu Dariya Inara.
Sumber: instagram Jep Sepahtu
Apa saja kapsyen posting gambar bersama anaknya di media sosial pasti berjaya mencuit hati orang ramai. Sehinggakan akaun anaknya mendapat lebih kurang 261 ribu pengikut di Instagram!
4. Hanis Zalikha& Hairul Azreen
Keluarga kecil pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen juga salah satu keluarga yang sering mendapat perhatian netizen. Lebih-lebih lagi Hanis yang sering berkongsi tip dan resipi makanan harian putera sulungnya, Yusuf Iskandar membuatkan ramai bakal menjadi ibu bertanya tip padanya.
Kini pasangan ini bertambah bahagia dengan kehadiran puteri mereka Alisa Aisyah. Hmm. Kucing mereka ,si Bujibu tu pun ada follower juga ya!
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
5.Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Pasangan sweet pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah pun 7 tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan ini turut menjadi perhatian orang ramai kerana cara layanan Aeril terhadap keluarganya sangat manja, lucu dan romantis terutama sekali bila bersama isterinya.
Sumber: instagram Aeril
Apa yang membuat ramai tertarik dengan pasangan ini adalah apabila Aeril sanggup melayan keinginan Wawa untuk buat video lagu Hindustan. Untunglah Wawa dapat suami yang sporting! Sama cantik, sama padan semua pasangan ini kan. Kita doakan semoga berkekalan hubungan mereka.
Pasangan ini juga bakal dikurniakan anak ketiga tak lama lagi.
Ada lagi tak list keluarga intafamous yang min tertinggal?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: donna