Respon Alif Satar bila dinasihati Mawi

Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Asmawi Ani atau Mawi mengakui kagum dengan bakat yang ada pada selebriti serba boleh, Alif Satar.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi tampil memberi sedikit nasihat pada Alif berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketiga.

“Mamat ni Allah jadikan dia pakej. Serba boleh. Nyanyi, pengacara, mengaji semua bagus.

“Jaga diri bro. Makin ramai orang suka dekat kita dan jangan lupa makin ramai juga orang yang dengki kat kita.

“Semoga Allah lindung kau @alifsatar. Thank you datang @zayan.my pagi tadi,” tulisnya.

Alif pula membalas komen Mawi dengan begitu positif

“Alhamdulillah bro..terima kasih atas ingatan”

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Mawi dan berharap Alif dapat mengekalkan imejnya yang rendah diri buat selama-lamanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Gempak