Jarang sekali kita mendengar kisah peribadi mengenai penyanyi hip hop ini.
Eh, rasanya memang tak pernah lah kan?!
Tentunya berita ini memberi kejutan kepada peminat muzik hip hop tanah air apabila penyanyi, Joe Flizzow dilaporkan sudah bersiap sedia bergelar suami tidak lama lagi.
Menurut ibunya, Aishah Ali, majlis pernikahan Joe bakal berlangsung pada awal tahun.
“Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe mungkin pada awal tahun.
“Dia sudah berjaya meraih pencapaian membanggakan termasuklah kejayaan dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara baru-baru ini.
“Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya kepada salah sebuah portal berita tempatan.
Difahamkan, Joe memilih Marini Ramlan sebagai bakal isteri selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Bagi yang tidak mengenali teman wanita Joe ini, Marini merupakan Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Bukan kaleng-kaleng ok!
Sementara itu, Joe juga mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penyanyi tanah air pertama bernaung di bawah label rakaman baharu, Def Jam.
Tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan!
Sumber: Xtra