Benarkan kekasih bergambar di kokpit,juruterbang ditarik lesen penerbangan seumur hidup!

Gara-gara sekeping gambar, seorang juruterbang dihar amkan menerbangkan pesawat seumur hidup selepas membiarkan kekasihnya duduk di kokpit ketika penerbangan sebelum wanita itu mengambil gambar yang dimuat naik ke media sosial.

Gambar berkenaan dimuat naik ke media sosial dengan keterangan “Terima kasih kepada kapten. Saya sungguh gembira” lapor Daily Mail.

Dalam satu kenyataan, Air Guilin memohon maaf dan mengesahkan kejadian berlaku ketika penerbangan dari Guilin ke Yangzhou, pada 4 Januari lalu.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan menarik balik lesen penerbangan juruterbang itu selain menghara mkannya daripada tugas itu seumur hidup.

Selain itu, pembantu juruterbang, pengurus kabin, serta masing-masing seorang pramugari dan pengawal keselamatan dalam penerbangan turut digantung tugas 12 bulan.

Pada masa sama, pengerusi syarikat diberi amaran keras manakala tiga bulan gajinya dipotong, dan pengurus besarnya diturunkan jawatan selain turut dipotong gaji untuk tempoh sama. Tindakan juga diambil terhadap empat eksekutif kanan syarikat.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang blogger penerbangan popular di Weibo mengecam perbuatan berkenaan apabila mengongsikan dua gambar dimuat naik seorang penumpang pesawat.

 

 

 

 

Sumber: HM