Mira Flizah ‘slow down’ dengan Remy Ishak gara-gara peminat fanatik

Pelakon cantik  manis Mira Filzah, pemenang Anugerah Ratu Telenovela yang dimenangi pada Anugerah Telenovela Award 2018 yang lalu mengakui, gandingan beliau bersama pelakon Remy Ishak perlu dibataskan buat seketika.

Ini kerana, chemistry kedua-dua pelakon ini menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan sekaligus memberi impak yang besar buat peminat nya.

Tambahnya lagi, peminat beliau sukar untuk menerima apabila beliau berlakon bersama hero lain, sekaligus takut apabila melihat peminat saya berpecah.

” Pengaruh kedua-dua drama itu sangat kuat sehingga menyebabkan peminat sukar menerima saya bergandingan dengan pelakon lain, Ia amat membimbangkan, terutamanya apabila melihat peminat saya berpecah.

Malah, ada pasukan Ben Amir, pasukan Remy Ishak, dan terbaru, Ungku Ismail pula terheret sama. Dan, saya taknak perkara ini berlarutan” ,jelas Mira.

Segala gosip yang membabitkan dirinya bersama hero dalam drama lakonannya itu berpunca daripada peminat. 

Sebahagian daripada mereka terlalu mendesak dan ingin melihat apa yang berlaku dalam drama turut menjadi realiti.

“Mereka menyangka saya dan Remy ada hubungan istimewa. Sehingga apabila kami memakai pakaian berona sedondon pada Anugerah Telenovela baru-baru ini pun turut dijadikan isu.”Jelasnya ketika ditemui semasa pelancaran produk kecantikan dan menambah tenaga keluarannya iaitu Luna di PWTC baru-baru ini.

Laaa..macam tu pulak. Memang susah kalau jadi artis kesayangan ramai ni ye. Sabar jelah Mira.

 

 

 

Sumber:Xtra