Selalu kalau sebut pasal popia, kita familiar dengan popia goreng sambal je kan, semenjak dua menjak ni ramai yang cuba buat resepi terbaru popia degan inti carbonara ni.
Resepi ini sebenarnya dikongsi oleh Cik Rabi di laman facebook nya, nampak sedap dan padu kalau dilihat, jom la try cuba tukar angin pulak buat popia ni.
#1 Sediakan Bahan-Bahan
Bahan-Bahannya :
– Sausage
– Isi ayam
– Lobak merah
– Lada banggala
– Bawang holand
#2 Menumis Bahan
– Tumis bahan sampai naik bau
– Lepastu masuk sos carbonara home made atau carbonara prego
– Lepastu seasoning Kan dgn garam , gula ,pasti sedap ,black Peper ,origano
– Rasa sikit ngam -Siap
– Sejukkan dulu sampai dia agak pekat sikit baru boleh bungkus
#3 Bungkus Bahan Yang Ditumis
Teknik bungkus 1
**sos agak2 ya Jgn jadi MCM Sis
Gambar atas tu sejenis yg tamak memang jadi gemok la awak punya popia .haha
#4 Tambah Cheese
Letak cheese mozarela sikit baru umph
#5 Wrap Bungkusan
Tampal dgn tepung
*oh ya Rabi buat double wrap dgn kulit popia tau .
kalau wrap sekali je boleh bocor sos nnti .
#6 Fasa Menggoreng
Goreng api perlahan supaya masak sekata ok ????
#7 Masakan Siap
Masakan popia carbonara siap untuk dimakan…
Selamat mencuba!
Sumber:Viramon Malaysia