Sasha Saidin bakal berhijrah ke luar negara ikut suami

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya selebriti jelita Sasha Saidin mengesahkan bakal berkahwin pada bulan ini.

Pemilik nama penuh Sasha Mohd Saidin ini bersyukur dan teruja untuk memulakan hidup baharu bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr W yang juga seorang duda. 

“Saya bersyukur akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dan segala persiapan dipermudahkan. Saya memang sangat teruja.

“Sebenarnya, kebetulan saya dapat tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri 20 episod. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana selepas bernikah, saya akan mengikut suami yang bekerja di luar negara,” katanya lagi. 

Biarpun mengikut bakal suami yang bertugas di negara Timur Tengah ,Sasha ,43 tahun bagaimnapun akan meneruskan kerjaya seninya  di Malaysia jika diperlukan.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini selain mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti,” katanya.

Sasha yang juga ahli  kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Dia kemudiannya berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto pada tahun 2007  dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 2012.

 

 

Selamat berbahagia Sasha! 

 

 

Sumber:xtra