Sham Visa kembali ke layar perak bersama Alif Satar dan CheTa

Selebriti versatil Alif Satar mencuri tumpuan n3tizen apabila berlakon sebagai anggota polis dalam sebuah drama komedi penyiasatan terbaru terbitan Astro Ceria. 

Menerusi laman sosial Instagramnya, Alif memuat naik sekeping foto bersama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang memegang watak sebagai ibunya. !!(Che Ta jadi mak Alif? Seriuslah! )

Anak polis, mak spy. Spy ke bersepai? Sentiasa nak berlakon drama yang anak-anak saya boleh tonton. Drama #FamilySpy akan datang di saluran Astro Ceria nanti,” tulis Alif sebagai kapsyen.

Apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Che Ta yang berkasut boot tumit tinggi biarpun membawa watak sebagai ejeen penyias4tan.

“Boleh ke Che Ta berlari tu?” tanya seorang wargamaya.

Foto Alif bersama Che Ta sehingga kini telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada wargam4ya.

Selain dari gabungan menarik Alif bersama Che Ta, filem ini bertambah istimewa lagi apabila turut menampilkan bintang Gegar Vaganza 2019 Sham Visa yang membawa watak antag0nis.

Bersuit putih lengkap dengan topeng muka sebelah muka, Sham membawa peranan sebagai ‘Gagak Putih’.

Dalam satu temubual , Sham menegaskan walaupun dia menceburkan diri dalam bidang lakonan, nyanyian masih menjadi keutamaannya.
 
“Saya ada banyak perancangan untuk keluarkan lagu terbaru. Antara yang saya boleh sebut sekarang, saya akan ada lagu sendiri, mungkin akan ada lagu duet bersama Naqiu.

“Saya juga ada bertemu dengan rakan-rakan Visa dan mereka sudah sedia menunggu. Saya terima banyak permintaan merakamkan kembali lagu-lagu p0pular daripada peminat lama dan baru kumpulan Visa.
 
“Saya juga ada dapat permintaan daripada peminat untuk berduet sebuah lagu baru bersama Wann. Selain itu, mungkin duet bersama Marsha juga ada dalam perancangan akan datang,” ujarnya lagi.

Untuk info, Sham pernah berlakon dalam filem Debu-Debu Kasih bersama Aida Aris pada tahun 1995. 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak