Awal jawab isu ‘tarik muka’ dengan Alif Satar

Anugerah berprestij #AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini mengundang spekvlasi apabila tempat Alif Satar telah digantikan oleh Awal Ashaari.

Namun menurut Awal, tiada  isu yang patut timbul kerana dia dan Alif masing-masing bersifat p0sitif.

“Masing-masing punya cara yang tersendiri. Setiap pengacara mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Tiada istilah lawan atau melihat siapa lagi bagus.

Alif mempunyai satu aura dan juga kredibiliti yang hanya dia saja yang ada,” ujar Awal.

Tambah Awal lagi, dia mengakui terdapat perbezaan mengacara secara berdua berbanding bertiga, namun Awal yakin , dia ada cara tersendiri untuk memastikan perjalanan di #AJL34 berjalan lancar.

 

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun ini mempertaruhkan 12 karya yang mengangkat tema Warna-Warna Suara, dan akan bersiaran secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Februari nanti.

 

 

 

Sumber:xtra