Karya Seni Altimet ‘Masuk’ Universiti

Altimet meluahkan ketervjaannya apabila hasil karyanya iaitu lirik Muda, Bunga dan Mambang telah dijadikan kajian di sebuah universiti tempatan.

Malah Altimet menyifatkan ia sebagai penghargaan yang sangat besar pada dirinya dan nilainya lebih besar daripada piala atau anugerah yang diterima.

“Satu penghargaan yang sangat besar untuk saya secara peribadi. Nilainya lebih dari piala yang fizikal. Hati ada senyuuuummmmm.

“Terimalah kasih @shafiqahshuhada, Moga awak dapat apa yang awak impikan, InsyaAllah Amin. Sebab benda yang awak buat ni jauh lebih dari apa yang saya berani impikan untuk diri saya. Alhamdulillah, Allah Ya Rabb. #TukangTulis #GuaMambang,” kongsi rapper ini.

Malah menurutnya lagi, apa yang ditulis diekspr3sikan terus ke bait lirik dan tiada madah pujangga, namun mungkin perspektif penerimaan orang berbeza.

Altimet sebelum ini pernah menyatakan akan ‘bersara’ daripada membuat kemunculan di atas pentas namun tetap akan aktif menulis lirik.

Foto : Instagram Altimet

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH