“Semakin tua semakin mengada-ngada ” – Raja Azmi

PENERBIT dan pelakon, Raja Azmi Raja Sulaiman, 60, mengakui rumah tangganya bersama pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 51, semakin bahagia selepas mereka rvjuk semula pada 26 Februari 2016.

Raja Azmi, 60, berkata, perasaan ini tidak pernah dialaminya ketika perkahwinan mereka pada kali pertama dahulu.

“Saya gembira hidup dengannya. Semakin tua, saya ini semakin manja dan mengada-ngada. Tak tahulah bagaimana nak cakap, kahwin dengan Eddie rasanya macam buat saya lebih kuat merajvk. Ia mungkin juga kerana usia kami. Dia pun belajar pujuk juga. Saya merajvk tapi dia ingat saya main-main,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rvjuk kembali dua tahun selepas itu.

Raja Azmi mengakui perangainya agak ‘buruk’ sekarang apabila kuat merajvk.

“Entahlah, sikit-sikit nak merajvk. Nasib baiklah Eddie seorang yang memahami. Dia seorang yang kelakar dan suka layan perangai saya yang begini,” katanya.

Raja Azmi berkata, hanya kerana suaminya gagal membelikannya baju mahal, boleh menjadi punca dia merajuk.

“Dia marah dan kata tak mampu belikan dan suruh saya beli yang murah. Itu yang buat saya merajuk. Kemudian saya fikir balik, takkanlah kerana itu pun saya nak merajuk. Jenuh jugalah dia nak pujuk.

“Dia akhirnya buat pemindahan wang dari akaun banknya kepada akaun saya. Dia kata dia mampu beri banyak itu saja dan suruh saya belikan apa saja yang nak. Bagi saya itu sudah cukup menggembirakan,” katanya.

Menurutnya, Eddie yang juga bekas pemain bass kumpulan CRK kini bermain muzik di Genting Highlands dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali pada hari cuti.

“Sepanjang tempoh ini perasaan cemburu terhadap Eddie tetap wujud. Kadang-kadang saya ke sana kononnya nak buat ‘pemeriksaan mengejut’ aktivitinya di situ.

Namun, baru separuh perjalanan saya rasa tak sampai hati dan menghubunginya. Dia okay dan sangat mengalu-alukan saya. Katanya saya boleh datang bila-bila masa saya nak. Dari situ saya nampak kejujurannya,” katanya.

Selain menerbitkan drama serta filem, Raja Azmi juga aktif berlakon.

“Syarikat saya baru menyiapkan filem s3ram berjudul Jerangkung Dalam Almari arahan Shadan Hashim yang dijangka akan ditayangkan pada Aidilfitri ini.

“Filem pertama lakonan saya berjudul Ratu Kala Jengking terbitan A Aida Production pula akan menemui peminat pada 27 Februari ini ,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:HM