Amyra -Amar dapat baby girl. Tahniah!

Pelakon Amar Baharin memaklumkan di akaun Instagram  bahawa isterinya, aktres Amyra Rosli telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka , seorang bayi perempuan. 

Tulis Amar,

“Bismillahi Allahuakhbar. Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.

“Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik @amyramarjr2020,”. 

 

Di samping itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan kata ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Pasangan pelakon popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH