Inilah dia Ayra Aryssa. Comelnya!

Genap seminggu kelahirannya, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mendedahkan nama dan wajah cahaya mata baru mereka, iaitu Ayra Aryssa. 

Amyra selamat melahirkan Ayra secara normal di Prince Court Medical Center.

Perkongsian foto tersebut telah mendapat perhatian ramai dan juga pujian.

 

Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016.

 

Pada 15 Oktober 2017, Amyra dan Amar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. 

 

 

Sumber : Instagram @aamyrarosli & @ayraaryssa Via sinarvir4l