Lepas Aafiyah cium perut, kini sandal Datuk Siti Nurhaliza pula jadi perhatian netizen

Kalau diikutkan sudah dua bulan biduanita negara,Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berkongsi foto penuh dirinya.

Namun peminat akhirnya dapat melihat keadaan terkini penyanyi nombor satu negara melalui akaun instagram doktor selebriti, Dr. Say Shazril baru-baru ini.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik di laman Instagramnya, Dr. Say berkongsi momen bertemu dengan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa di kediaman mereka.

Secara tidak langsung, foto itu menceritakan keadaan sebenar Siti yang secara tidak langsung juga seperti mengiyakan dirinya kini sedang berbadan dua.

Peminat yang menyambut baik keadaan Siti itu turut mendoakan selain menghormati prinsipnya untuk tidak terlalu berkongsi khabar terbaharu terutama berkaitan dengan kehamilan kedua beliau.

“Macam ada baby bump. Tengok sandal tu pun dah kenal, sandal kegemaran TokTi ketika mengandungkan Aafiyah dulu. Doakan semua baik-baik dan dipermudahkan,” tulis salah seorang peminat.

Antara komen yang lain pula:-

Sementara itu, Dr. Say turut berkongsi momen indah bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu dan berkesempatan menyanyi bersama beliau.

“10 hari lepas Datuk K ajak saya berjumpa di pejabatnya. Semalam, beliau mengajak saya ke rumahnya. Semalam, saya menyaksikan beliau menyanyi live di hadapan saya. It’s funny how life can be. One moment you’re at home playing with your son, the next moment you are hanging out with the big guns.

“Anyway last night was a night to remember. Selama ni saya karok dalam bilik air dan dalam kereta menyanyikan lagu Ace ja, tapi semalam saya mendendangkan serangkai lagu untuk Malaysia’s Number 1 singer peeps,” cerita Dr. Say teruja.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: myartis